Sunday, 13 October 2013

Berpantang Lepas Bersalin CAESERAEN

Selepas tempoh kehamilan 40minggu dan proses bersalin tubuh ibu memerlukan tempoh untuk pulih kembali dari segala kecerderaan luka dan menstabilkan kembali paras hormon. Kelahiran secara pembedahan sering kali menjadi masalah besar dan ramai yang tak tahu apa yang tidak boleh dilakukan.

Faktor pemakanan perlu dititikberatkan selepas bersalin terutama sekali ketika masih dalam tempoh 44 hari. Pemakanan perlu seimbang di mana ½ daripada pinggan adalah sayur-sayuran, ¼ adalah nasi dan ¼ lagi untuk lauk seperti ikan tertentu dan ayam kampong yang dimasak stim, bakar, stew, dimasak rebus atau sup dengan herba ketumbar dan lada hitam untuk melancarkan sistem penghadaman.

Ketahui beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan ketika berpantang:
  • Sayur-sayuran dan tumbuhan menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, pucuk ubi, kacang buncit, kacang panjang, timun, petai, cili, brokoli,petola, labu, terung, ubi kayu dan kobis kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah-lemah sendi dan sejuk pada otot.
  • Buah-buahan seperti tebu, nenas, belimbing, nangka, cempedak, pisang nangka, pisang embun, pisang masak hijau, ciku, langsat dan tembikai cina kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah sendi, angin dalam badan dan sejuk otot. Penyakit-penyakit ini diketahui sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Ikan masin atau ikan kering selain tidak mempunyai khasiat, ia juga dipercayai boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering.
  • Ikan berbisa seperti ikan bawal, terubuk, pari duri, sembilang dan parang dikhuatiri bisa pada pintu rahim.
  • Ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru dan makanan laut menyebabkan kegatalan kulit dan alahan menyebabkan luka pembedahan bernanah
  • Ayam biasa atau ayam Bandar serta telur ayam boleh dielakkan sehingga selepas 44hari.
  • Air ais, air sejuk, air bergas, air tebu, air cincau, air kelapa muda serta jus buah dikhuatiri tajam dan boleh menyebabkan angin dalam badan.
  • Teh perlu dielakkan kerana menyebabkan angin dan kembung perut.
  • Apa jua makanan berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi.
  • Daging lembu pula perlu dielakkan sehingga selepas kira-kira 2 minggu.


Contoh menu harian berpantang:
Sarapan pagi: Bijirin dan minuman bersusu
Makan tengah hari: Secawan nasi, ikan masak berempah dan sup sawi
Minum petang: Sekeping roti bakar atau lempeng gandum tanpa telur dan secawan kopi
Makan malam: Secawan nasi, ikan masak stim dan ulam pegaga
Minum malam: 3 keping roti dan segelas susu segar

Dalam tempoh penjagaan, perubahan hormon yang berlaku adalah drastik. Perubahan hormon yang dhadapi akan menganggu emosi ibu. Dalam tempoh 5 hari pertama, emosi ibu sangat sensitif, sedih , marah, rasa tidak boleh menyesuaikan diri dengan bayi antara emosi yang dihadapi ibu. Oleh itu anda perlukan sokongan keluarga terutamanya suami.

Jadikan saat berpantang sesuatu yang mudah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...