Thursday, 10 October 2013

Merancang Kehamilan Seterusnya, Bila Masa Yang Sesuai?

Dalam dilema, anda baru melahirkan anak kedua yang kini usianya baru 6 bulan. Atas faktor usia, anda mahu menambah sekurangnya seorang lagi anak. Bila masa yang sesuai untuk anda rancang kehamilan?
Soalan "bila"  adalah bergantung pada keadaan individu. Ada beberapa faktor yang perlu diambil kira.




  • Usia

Jika berusia 20an, anda tak perlu terburu-buru. Elok lah anda berehat daripada kehamilan diantara 12 hingga 24 bulan supaya tahap hemoglobin dalam badan kembali ke tahap normal. Waktu ini juga penting untuk melaksanakan penyusuan susu ibu secara ekslusif. Jika berusia 30an pula, anda boleh merancang untuk hamil  sekali lagi setelah bayi berusia 12bulan. Jika berusia 36tahun ke atas, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan dahulu. Pastikan anda sihat tanpa masalah anemia, darah tinggi atau kencing manis sebelum hamil. Anda juga akan diberitahu tentang risiko kehamilan lewat usia seperti Sindrom Down.

  • Kesihatan ibu

Jika anda sedang mengalami atau pernah menghadapi penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis, kehamilan seterusnya perlu. Namun hanrus ingat penyakit di atas membahayakan diri anda dan bayi jika tidak  dijaga sebelum dan semasa hamil.

  • Kesuburan

Jika sebelum ini anda dan suami punya masalah kesuburan, tidak perlu lagi menunggu lama untuk hamil sekali lagi. Asalkan didapati sihat dan tidak ada anemia, anda boleh cuba hamil lagi.

  • Sejarah kelahiran


Jika anda melahirkan anak secara pembedahan, lebih baik menunggu sehingga 18 bulan sebelum hamil lagi. Ini bagi memastikan kesan pembedahan ke atas diri anda pulih sepenuhnya.

Dianggarkan bahawa 80 peratus wanita yang tidak mengamalkan sebarang kaedah kontraseptif akan hamil dalam setahun. Khidmat nasihat dan kaunseling harus diberikan kepada pasangan suami isteri yang ingin merancang kelahiran anak dan mencegah kehamilan. Pasangan suami isteri boleh mendapatkan khidmat tersebut dengan berjumpa doktor, ahli farmasi dan jururawat di hospital dan klinik kerajaan ataupun swasta.

Anda ingin lagi TIPS KEHAMILAN?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...