Wednesday 9 October 2013

60% susu ibu segar, 40% susu ibu beku

Mama Jumie mengeluh sukar nak menganggar berapa banyak stok perahan susu ibu segar yang patut disediakan untuk anak di rumah pengasuh. Berapa oz yang segar, berapa oz yang beku perlu dicairkan?

Susu ibu  faktanya merupakan bahan hidup yang begitu berharga sehingga ianya dikenali sebagai darah putih. Disebabkan itulah maka begitu penting anda menyimpan susu ibu dengan betul untuk memaksimumkan kualiti nutrient dan bahan anti-jangkitan yang terkandung di dalamnya.

Susu ibu mengandungi ciri-ciri anti-bakteria yang membantu ia kekal segar. Dengan memberi bayi anda minum susu ibu segar yang telah diperah, amalan ini memastikan susu ibu yang diterimanya mengandungi kualiti pada tahap yang paling tinggi.
Susu ibu segar
SUSU IBU SEGAR

Sebaiknya susu ibu perlu disimpan di dalam peti sejuk atau disejukkan sebaik sahaja ia diperah. Ini kerana susu ibu yang disejukkan mengandungi lebih banyak ciri-ciri anti-jangkitan berbanding susu ibu yang telah dibekukan.

Oleh itu lebih bagus kiranya jika bayi anda diberi susu ibu segar yang telah diperah memandangkan ia sangat segar. Malah kebanyakan bayi lebih mengemarinya berbanding susu ibu beku yang dicairkan. Ini kerana kadangkala susu ibu beku yang telah cair berkemungkinan berbau atau rasa nya lain. Puncanya adaah daripada pecahan lemak susu ibu itu sendiri.

Biarpun begitu, susu ibu yang telah berubah rasa ini tetap selamat untuk diminum. Ia bukanya BASI. Kebanyakan bayi akan tetap menyusu susu berkenaan tetapi mungkin tidak begitu gemar dengan rasanya.

Susu ibu beku
SUSU IBU  BEKU
Kebanyakan ibu berkerjaya pula memutuskan simpan stok perahan dalam kuantiti yang banyak untuk kegunaan hari-hari. Jika anda bercadang mahu menyimpan stok susu ibu dalam kuantiti yang banyak, sudah pasti anda ingin menggunakan stok susu yang paling awal di samping susu paling terkini diperah. Dengan itu simpanan anda akan sentiasa segar dari semasa ke semasa. Pada masa yang sama, di kebanyakan masa bayi anda tetap akan menikmati susu segar bagi memenuhi keperluannya.

Ambil satu contoh, jika bayi anda minum 18oz susu sehari ketika di rumah pengasuh. Saya andaikan stok susu perahan yang disimpan ialah 3oz di dalam satu bekas. Oleh itu mungkin anda boleh sediakan 60% susu segar dan 40% susu beku yang mana kira-kira empat bekas susu ibu segar dan 2 bekas lagi ialah susu beku yang dicairkan.  Cadangan sahaja. Semoga dapat membantu ibu-ibu berkerjaya dalam mengendalikan stok susu supaya bayi tetap tak terlepas mendapat nutrient paling sempurna dari susu ibu segar.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...