Sunday, 13 October 2013

Perah Bila-Bila Masa Je

Selepas bersalin pada hari ke berapa patut anda mula mengepam stok susu? Dalam sehari , berapa kali pula patut mengepam?  Jadual kerja anda pula tak menentu untuk membolehkan anda mengepam secara konsisten bila kembali bekerja kelak.
Ooo.. anda perlukan panduan bagaimana nak simpan stok susu yang banyak dengan situasi di atas?

Anda boleh mula perah susu bila-bila masa yang diingini. Lazimnya perah susu untuk elakkan payudara bengkak susu. Dalam sehari cukup memadai jika perah 2-3 kali. Hasil susu perahan nie bolehlah disimpan untuk stok. Seeloknya simpan susu dalm amaun yang kecil (2-3oz) setiap bekas. Jumlah atau kuantiti susu perahan bergantung pada faktor ini ; tuntutan kerja dan  jarak tempat penjagaan bayi. Contohnya, jika pusat jagaan bayi dekat dengan tempat kerja, waktu rehat bolehlah luangkan masa untuk susukan bayi sebentar.

Apabila kembali bekerja, garis panduan anda ialah ketahui kekerapan dan keperluan untuk perah semasa berjauhan dengan bayi adalah, setiap kali bayi menyusu di rumah pengasuh, anda perlu perah di tempat kerja. Sebolehnya elakkan daripada membiarkan payudara tidak dikosongkan melebihi tiga jam. Tetapkan waktu dan rutin harian untuk perah susu mengikut masa.


Walaubagai manapun, ramai ibu bekerja tidak dapat memerah pada waktu tetap setiap hari akibat tuntutan kerja. Ada yang menunda sesi memerah dan ada juga yang langsung tak memerah susu dengan cara menunda sesi memerah ke sesi yang lain. Percayalah lama kelamaan susu anda akan merudum kerana payudara anda telah mendapat mesej untuk mengurangkan penghasilan susu. Ia berlandaskan “demand” and “supply”.

Namun, jika makin kerap perah, maka makin kerap tubuh/payudara mendapat rangsangan untuk hasilkan lebih banyak susu. Bayi menyusu bukan ikut jadual. Kadang kala setiap jam, 2,3 atau 4 jam. Tidak kiralah bila waktu bayi menyusu, payudara tetap akan sediakan susu.

Apabila kita perah menggunakan pam, sebenarnya sukar untuk kita kosongkan payudara sepenuhnya. Oleh itu jika pandai boleh guna tangan iaitu teknik “marmet” kerana ia lebih berkesan.

Harap ini dapat membantu para ibu berkerja mengatur jadual dan anggaran susu yang patut ditinggalkan pada pengasuh.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...