Saturday, 5 October 2013

Rahmat Di Sebalik Dugaan Itu

Keajaiban boleh berlaku kepada siapa sahaja dan di mana sahaja. Ingin saya kongsi pengalaman pesakit kanser perut yang saya beri nama  N. N wanita berusia 21tahun berjaya mengharungi saat getir sewaktu menghidap kanser . N berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur berjaya berjuang sebanyak dua kali melawan kanser yang dideritai nya.

Cerita bermula pada September 2010, pada ketika itu N rasa sangat sakit di bahagian perutnya. Lantas orang tua N membawa N ke hospital utuk diperiksa. Ternyata khabar buruk yang diterima N menghidap kanser.Bermula dari saat itulah hospital adalah rumah kedua N iaitu menjalani kemoterapi setiap 2 minggu selama 6 bulan. Rambut N kian gugur akibat dari radiasi kemoterapi. Saban malam  air mata peneman N. Mujur ada suami, keluarga dan kawan-kawan pemberi semangat.

N mengakui proses kemo sangat menyakitkan tetapi semangat juang N untuk terus hidup yang dimiliki, N tetap lakukan terapi untuk membunuh sel-sel kanser yang kian merebak. Namun, sedihnya kanser tak reda pun malah kembali pada tahun berikutnya. Cuma satu hasrat N, N ingin punyai zuriat sendiri melalui rahimnya.

N terus melakukan kemo tanpa sedikit pun menyerah kalah, sempat jugak N dipindahkan ke beberapa hospital untuk kes nya dirujuk oleh pakar lain.  Di saat inilah N hanya mampu berdoa dan menyerahkan segalanya pada takdir agar impiannya untuk ada zuriat bersama suami dimakbulkan.

Keajaiban datang dalam hidup . N mulai sembuh selepas menjalani proses kemo yang menyakitkan itu  berulang kali. Menariknya, N hamil 3 bulan. Memang pada semua doktor yang merawat N tak percaya apabila melihat diri N bertarung dengan sel-sel kanser yang mengganas pada ketika itu, namun percayalah bahawa hanya keajaiban dari-Nya boleh berlaku pada sesiapa sahaja termasuk pada diri N. Semoga N terus bebas dari penyakit kanser ini.



Rasanya kita semua sedia maklum, faktor risiko utama kanser dikaitkan dengan gaya hidup iaitu amalan merokok, tidak aktif secara fizikal, mempunyai berat badan berlebihan/obes, kurang makan buah-buahan dan sayuran serta amalan minum alcohol.
Mungkin ada yang mengatakan mereka mempunyai genetic kanser kerana ahli keluarga seperti ibu, kakak, mak sedara ada kanser. Namun, itu hanya mewakili 5% kerana 95% disebabkan  faktor-faktor yang dinyatakan awal tadi.

Hakikatnya semua orang ada risiko diserang kanser kerana tubuh kita terdiri dari sel-sel dan kanser merupakan penyakit sel dimana sel-sel individu menjadi abnormal dan berganda di luar kawalan. Namun, kita boleh kurang risiko kanser dengan beri penekanan pada faktor-faktor penyebab kanser. Dalam kata lain, jangan beri peluang pada sel-sel anda untuk jadi tidak sihat.

Tip kurangkan risiko serangan kanser payudara.
  • Kita tak mampu ubah keadaan genetik yang diturunkan keluarga,namun kita mampu ubah gaya hidup dan diet yang lebih sihat
  • Makanan yang seimbang dengan nutrisi lengkap mengandungi ANTIOKSIDAN dan FITONUTRIEN boleh menjaga tubuh
  • Makan sayur-sayuran krusiferus seperti brokoli, kacang brussel, kubis dan bayam dalam hidangan harian.
  • Sayuran berwarna merah dan kuning, seperti lobak merah, betik dan tomato yang  ada likopen
  • Hadkan pengambilan daging diproses
  • Kekalkan berat badan dalam julat berat badan yang normal dan ideal.
  • Jalani aktiviti bersukan secara teratur.
  • Jangan merokok dan hindari alcohol.
Terkini pelakon Hollywood Angelina Jolie disahkan menghidap kanser payudara dan doktor memberi jangkaan hidup hanya tingga 3 tahun sahaja. Angelina telah membuang kedua-dua payudaranya. Salasilah keluarga perempuan sebelah Angelina memang ramai yang mati akan kanser (faktor genetik), namun kemungkinan besar juga akibat gaya hidup sosial yang dijalani Angelina juga penyumbang kepada kanser itu.

Oleh itu badan kita perlukan sumber antioksidan bagi membantu mencegah penyakit-penyakit kronik seperti kanser ni. Sumber yang terbaik adalah dari sumber makanan, namun jika kita jenis individu yang sering sibuk dan kadang tak jaga makan, boleh dapatkan antioksidan dari suplemen tambahan seperti A, C dan E.

Ingin amalkan suplemen tambahan kaya dengan ANTIOKSIDAN mampu membantu mencegah penyakit kronik?
Infonya nantikan di entri akan datang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...