Wednesday, 3 April 2013

Impak Sebatang Rokok


Merokok adalah sayu isu klasik yang tidak akan pernah putus untuk dikaitkan dengan kehidupan manusia. Walaupun sudah mengetahui rokok boleh menyebabkan pelbagai penyakit, para perokok tegar masih lagi berpendirian tetap untuk terus merokok.
Beberapa alasan atau mitos yang perlu diperbetulkan kebenarannya.


Mitos 1:
Anda mula merokok sejak bertahun-tahun lamanya. Sukar dan tiada apa cara lagi yang anda boleh anda lakukan untuk berhenti.

Fakta: Merokok boleh mengurangkan sehingga 14 tahun jangka hayat bagi kedua-dua wanita dan lelaki. Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) di Amerika Syarikat, jika anda berhenti merokok pada usia 35tahun, and masih dapat hidup kira-kira 5-10 tahun lagi serta dapat mengurangkan risiko kanser dan jantung.

Mitos 2:
Kanser paru-paru adalah satu satunya penyakit yang perlu anda risaukan?

Fakta: Merokok boleh menyebabkan masalah bronchitis,emfisema, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kolesterol, kanser larinks, mulut dan juga esophagus. Rokok juga mainkan peranan dalam kanser pancreas, buah pinggang, pundi kencing dan kanser serviks bagi wanita.

Mitos 3.
Tiada masalah jika hanya menghisap beberapa batang rokok sahaja sehari.

Fakta: Merokok bukan perkara yang selamat walaupun hisap hanya sebatang sehari. Setiap rokok ada 1-8 dua milligram nikotin dan ia boleh sampai ke otak dalam 8-10 saat sahaja. Asap rokok pula ada lebih daripada 4000 bahan kimia dan racun dimana 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser. Setiap kali anda hisap rokok, anda juga menyedut masuk nikotin, tar, karbon monoksida, sianida, arsenic, formaldehid, ammonia, benzene dan banyak lagi.

Mitos 4:
Rokok yang rendah kandungan tarnya dan rokok menthol lebih selamat dihisap.

Fakta: Perokok yang menggunakan  jenis rokok ini lebih cenderung untuk menghisap lebih daripada biasa kerana mahu mendapatkan kepuasan nikotin.


MEROKOK SECARA PASIF

Walaupun anda tidak merokok, anda masih boleh menyedut asap rokok daripada perokok. Ini dipanggil merokok secara pasif ('passive smoking').

Berbanding dengan asap aliran ('mainstream smoke'), asap aliran sisi yang keluar dari puntung rokok ('mainstream smoke') mengandungi :

  • 2 kali lebih banyak nikotin
  • 5 kali lebih banyak karbon monoksida
  • 50 kali lebih banyak kimia yang menyebabkan barah
  • 3 kali lebih banyak tar


Sayangi diri anda, sayangi keluarga tersayang!!!
Jangan merokok, berhenti merokok!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...