Thursday, 18 April 2013

Demam Panas Usah Dipandang Ringan!


Pernahkah anda mengalami situasi anak kecil anda demam panas dan suhu badannya naik hingga 40°C? Jangan biarkan ia berlaku! JIka ia dibiarkan, anak anda mungkin terkena sawan demam panas. Lap badannya dengan air dingin dari paip untuk menurunkan suhu badannya. Pastikan juga ubat demam diberikan mengikut sukatan  dan tempoh masa secara konsisten sehingga suhu badannya kembali stabil.

Tidak dinafikan serangan demam panas ke atas kanak-kanak memang menakutkan, terutama bagi ibubapa baru. Ketika mengalami situasi ini, mereka terpaksa berjaga malam dan kerisauan demi memastikan demam kebah.
Mama Batrisyia pengedar shaklee


Demam adalah simptom yang biasa dialami oleh kebanyakan kanak-kanak. Situasi demam ini menunjukkan badan mereka sedang melawan inflamasi atau jangkitan kuman dalam badan. Kebanyakan demam adalah disebabkan jangkitan sama ada virus atau bakteria.

Suhu.
Suhu badan yang tinggi (jika melebihi  40°C, segeralah berjumpa doktor) tidak bermakna anak  anda berada dalam keadaan lebih sakit. Apa yang perlu dilihat ialah sejauhmana tingkah lakunya iaitu jika tidak menangis, tidak banyak karenah dan masih berselera makan dan minum susu, kemungkinan besar tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Tetapi jika anak anda dalam keadaan tidak bermaya, terlalu lesu, muntah secara berlebihan dan tidak selera makan dan minum susu, ini adalah petanda penyakit yang lebih serius.

Suhu badan yang dianggap demam apabila ia mencecah 37.5°C. Suhu badan normal ialah 37°C dan ia turun naik sepanjang hari. Juga suhu badan bergantung pada waktu suhu diambil dan kelasakan si manja.

Jadi biarkan anak berehat seketika (lebih kurang 5 minit), bilik tidak terlalu panas atau sejuk,, kemudian barulah diukur suhu badannya dengan thermometer. Ibu bapa yang ada anak kecil dinasihatkan mesti ada alat pengukur suhu ini yang dapat mengukur suhu badan anak dengan cepat.

Untuk memastikan rawatan demam disegerakan, ibu bapa haruslah menyimpan ubat demam dan memastikan bekal ubat ini sentiasa ada disimpan di dalam peti ais di rumah anda (begitu juga dengan ubat batuk). Ini kerana kanak-kanak kerap sakit, tetapi serangan demam biasanya sering berlaku terutama selepas musim perayaan atau perubahan cuaca yang agak panas. Cara ini memudahkan anda menguruskan demam anak apabila menyerang bila-bila.

Beberapa gejala petanda anak anda demam:
  • Badan panas apabila disentuh
  • Kerap tidur
  • Pernafasan yang tidak konsisten dan mengalami selsema
  • Kesakitan pada bahagian dalam telinga
  • Muntah
  • Kurang selera makan


Tip mudah untuk dikongsi:
  • Berikan minum air banyak
  • Sentiasa lap badan dengan air
  • Sentiasa ukur suhu badan
  • Berikan ubat secara konsisten
  • Jangan pakaikan baju yang tebal


Diharap dengan info tentang demam ini dapat membantu para ibubapa mempersiapkan diri apabila anak anda demam. Entri akan datang saya akan update tentang DEMAM SAWAN pula.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...