Wednesday, 24 April 2013

Anak Suka Pukul Diri Sendiri, Anak Suka Hantuk Kepala Ke Dinding


Ada anak yang suka memukul kepalanya apabila ada perkara yang menimbulkan kemarahannya dan menggunakan benda yang ada disekeliling. Adakah ia satu perkara yang serius dan akan berlanjutan sehingga dewasa? Menurut kajian, dianggarkan sebanyak 20% bayi dan kanak-kanak akan menghantukkan kepala mereka. 

Biasanya ia menjadi tabiat untuk beberapa bulan sehingga setahun. Ada juga kanak-kanak yang akan menghantukkan kepala ke dinding apabila sedang marah atau kecewa. Ia adalah salah satu cara melepaskan kemarahan kerana mereka belum pandai lagi meluahkan perasaan marah atau kecewa mereka. Ada juga yang disebabkan sakit telinga atau gatal mereka hantukkan kepala. Mungkin dengan cara itu sahaja sakit dan gatal ditelinga itu dapat di atasi. Sekurangnya mereka berasa lega.



Untuk kanak-kanak yang menghidap autism atau masalah perkembangan yang lambat juga suka menghantukkan kepala. Jadi, buatlah pemeriksaan sama ada anak anda tergolong dalam kelompok ini. Selain itu, secara psikologi, kanak-kanak yang menghantukkan kepala ini sebenarnya mahukan perhatian. Di waktu biasa, kita sebagai ibu bapa mungkin sibuk dengan urusan kerja sehingga kurang beri perhatian kepada anak-anak. Kadangkala kita merasakan menyediakan makanan, pakaian dan alat permainan yang banyak sudah cukup menunjukkan kasih saying. Akan tetapi, kanak-kanak mahukan lebih dari itu.

Jadi, kanak-kanak yang pandai ini tahu bahawa hanya dengan menghantukkan kepala sahaja ibu dan ayah akan memberi lebih tumpuan kepadanya. Kita takut menghantukkan kepala itu akan melukakan atau mencederakan organ dalaman seperti otak.. Namun  sebenarnya kanak- kanak yang mahukan perhatian ini tidaklah menghantukkan kepala sekuat hati. Mereka dapat mengagak sejauh mana kesakitan itu.

Sebagai ibubapa perlulah beri perhatian yang lebih kepada anak-anak sebelum mereka memprotes dan buat perangai.

3 comments:

  1. anak saya mcm ni lah perangai menghantukkan kepala ke dinding dan ke lantai...risau juga kalau berlanjutan

    ReplyDelete
  2. anak saya mcm ni lah perangai menghantukkan kepala ke dinding dan ke lantai...risau juga kalau berlanjutan

    ReplyDelete
  3. Anak saya berusia 1.3bulan kalau dia rasa kurang perhatian.dihentaknya kepalanya ke dinding.lantai.pintu.kadang2 dia datang ke arah saya dan mnghantukkan kepalanya di kepala saya.kepala terasa sakit.ya betul lah dia memerlukan perhatian sesungguhnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...