1. Kekurangan vitamin A.
Boleh menyebabkan penyakit buta malam, xerophthalmia dan cornea softing. Manifestasinya adalah pandangan kabur di bawah cahaya yang agak redup, mata kering, mudah lelah dan lain-lain. Kesan fisiologi kekurangan vitamin A berhubung rapat dengan kesan visual gelap. Di dalam mata terdapat suatu zat yang namanya redopsin . Redopsin memiliki efek yang penting terhadap pemeliharaan dan penyesuaian daya pandang yang baik dan normal. Vitamin A boleh didapati dalam kuning telur, susu, daging, pocai (semacam sayur mirip bayam), tomato, sawi putih, jenis ikan, minyak ikan, hati haiwan dan sebagainya .Pengambilan vitamin yang mencukupi membantu memperbaiki gejala-gejala seperti di atas.
2. Kekurangan vitamin B1.
Mudah timbul xerophthalmia, optic neuritis atau orbital optic neuritis dan sebagainya. Manifestasinya mata kering, daya pandang menurun, manik mata membesar, lambat memberikan reaksi terhadap cahaya, ketika mata bergerak mata akan terasa sakit, bahagian lekuk mata terasa sesak dan sakit dan sebagainya. Kesan fisiologi utama vitamin B1 adalah mempercepat proses metabolisme sel, terutama berhubungan dengan fungsi konduksi saraf. Sayugia saya sarankan segera memenuhi keperluan tubuh dengan makanan yang kaya akan kandungan vitamin B1, misalnya tepung gandum, kekacang, hati haiwan, labu, kentang, biji aprikot, walnut dan sebagainya. Sangat bermanfaat untuk mengurangi gejala penyakit seperti gejala di atas.
3. Kekurangan vitamin B2.
Boleh menyebabkan radang saraf visual, bintil mata, radang selaput mata dan sebagainya. Manifestasinya adalah daya pandang menurun, mata takut pada cahaya, air mata mengalir, kongesti selaput mata dan sebagainya. Jika sering makan makanan yang kaya akan kandungan vitamin B2, seperti misalnya ragi, makanan hasil tenusu, daging sapi, hati haiwan, keladi, pocai, sayur bayam, biji bunga matahari, dan buah-buahan dan sebagainya. akan dapat membantu mencegah dan membantu mengurangkan gejala penyakit tersebut.
4. Kekurangan vitamin C.
Boleh menyebabkan perdarahan pada bahagian kelopak mata, anterior chamber, vitreous body, selaput jala mata, bahkan boleh menyebabkan katarak dan sebagainya. Manfaat utama vitamin C adalah memelihara pembentukan zat antara sel, mengikut oksidasi susunan sel ,mengembalikan reaksi semula dan reaksi metabolisme lainnya di dalam tubuh, dan memiliki efek membaiki pembuluh darah. Kerana itu, jika kekurangan vitamin C, boleh menyebabkan perdarahan bahagian atas mata sebagaimana yang disebutkan di atas.
Banyakkan memakan sayur-sayuran hijau yang segar dan buah-buahan, bagi mencegah perdarahan pada bahagian seluruh tubuh dan bahagian mata. Vitamin C boleh membantu melemahkan cahaya dan oksigen terhadap kerosakan pada lensa mata (berhubungan dengan timbulnya penyakit katarak), jadi banyakkan makan makanan yang kaya akan kandungan vitamin C, boleh melambatkan timbulnya penyakit katarak.
MATA SANGAT PENTING. TANPA MATA KITA TAK BOLEH MELIHAT.JIKA ANDA SAYANGKAN MATA,JAGAILAH MATA ANDA,MATA JUGA PERLUKAN VITAMIN UNTUK MEMBANTU FUNGSI MATA BEKERJA DENGAN LEBIH BAIK.
No comments:
Post a Comment