Susu ibu adalah manisan syurga kurniaan Allah swt pada ibu-ibu untuk diberikan kepada anak mereka. Ia mengandungi kolustrum bermanfaat yang bertindak sebagai imunisasi bagi bayi dalam satu jam pertama selepas dilahirkan.
Malah dalam surah Al-Baqarah ayat 233, Allah SWT berfirman bahawa, "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun penuh iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
وَالْوَالِدَاتُ
يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ
الرَّضَاعَةَ وَعلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ لاَ تُكَلَّفُ
نَفْسٌ إِلاَّ وُسْعَهَا لاَ تُضَآرَّ وَالِدَةٌ بِوَلَدِهَا وَلاَ مَوْلُودٌ لَّهُ
بِوَلَدِهِ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَلِكَ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالاً عَن تَرَاضٍ
مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا وَإِنْ أَرَدتُّمْ أَن
تَسْتَرْضِعُواْ أَوْلاَدَكُمْ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّآ
آتَيْتُم بِالْمَعْرُوفِ وَاتَّقُواْ اللّهَ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ بِمَا
تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Terjemahan
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun
genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa
pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang
sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.
Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan
juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga
menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya
(suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah
dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah
(melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang
lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu
mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta
ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu
lakukan"
Susu ibu adalah makanan istimewa yang menjadi penyambung silaturahim antara bayi dan ibu, membuatkan bayi berasa selamat dalam dakapan ibu dan mengesahkan bahwa itulah ibu yang melahirkannya.
Menurut penyelidikan yang dijalankan anak-anak diberi susu ibu secara ekslusif dan meneruskannya sehingga umur dua tahun mempunyai tahap IQ yang tinggi serta mempunyai antibodi melawan penyakit yang kuat. Insyallah.
p/s . sekiranya ada yang mahu share artikel ini sila beri kredit www.mama-batrisyia.blogspot.com
No comments:
Post a Comment