Thursday 14 June 2012

Agama: Hukum berjimak ketika isteri sedang mengandung

Soalan:
assalamualaikum,
apakah hukumnya melakukan hubungan seks sewaktu isteri masih mengandung?

***************

Jawapan:
Wa'alaikumussalam

Tidak ada larangan untuk mengadakan hubungan seks dengan isteri semasa dia sedang hamil, sesungguhnya Allah swt membenarkan suami menikmati isterinya didalam keadaan apa sekali pun. Disana terdapat firman Allah yang menyebut :-


نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai - [Al-Baqarah:223]

Apa yang menjadi larangan (haram) ialah mendatangi isteri dari arah dubur (الوطء في الدبر) dan mendatangi semasa beliau didalam keadaan haid (فترة الحيض).

Kemungkinan juga terdapat juga isteri-isteri yang menghadapi penyakit yang pelbagai semasa mengandung, dimasa ini Islam tidak membenarkan si suami melakukan persetubuhan dengan isterinya. Menurut pakar dari Ensaiklopedia Fiqh Kuwait, Dr Ahmad Haji Al-Kurdi :


فلا مانع من أن يجامع الزوج زوجته وهي حامل في أي أيام الحمل كان، بشرط أن لا يضرها ذلك، فإن ثبت أن الجماع يضرها فعليه أن يمتنع عنه دفعا للضرر عنها، للحديث الشريف (لاضرر ولا ضرار)..

"Maka tidak dilarang dari menyetubuhi isteri semasa dia hamil, diwaktu mana-mana hari kehamilannya, dengan syarat ia tidak memudharatkannya, jika didapati bahawa persetubuhan boleh memudharatkan maka hendaklah ia menjauhinya agar dapat menghindari memudharatkannya, kerana Nabi bersabda didalam hadith :'tidak ada kemudharatan dan tidak boleh memudharatkan'".

Kesimpulannyn melakukan persetubuhan dengan isteri semasa beliau sedang hamil tidak dilarang, asalkan tidak mendatanginya semasa haid atau dari mendatanginya arah dubur. Akan tetapi jika persetubuhan tersebut mendatangkan kemudharatan kepada kehamilannya, maka hendak persetubuhan dielakkan. wallahu 'alam.

-wassalam-
======================
Rujukan :

1. Dr Ahmad Haji Al-Kurdi. جماع الزوجة الحامل. url : http://islamic-fatwa.net/viewtopic.php?TopicID=3615#7395

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...