Seorang wanita mengadu kepada ayahnya sambil menangis: "Wahai ayahku,antara aku dan suamiku ada masalah kelmarin . Dia marah kerana sebuah ucapan yang keluar dari mulutku. Ketika aku mengetahui kemarahannya, aku menyesali apa yang aku perbuat dan aku meminta maaf kepadanya. Dia tidak mahu berbicara denganku dan memalingkan wajahnya dariku. Kemudian aku terus berada di depannya hingga ia tertawa dan kembali menerimaku. Sebelum aku sangat takut kepada Tuhanku bila Dia menghukumku atas saat-saat aku telah membuat darahnya membara ketika dia marah."
Ayahnya berkata kepadanya:"Wahai anakku sayang,demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman kekuasaanNya, sekiranya engkau mati sebelum suamimu memaafkanmu,tentulah aku juga tidak redha kepadamu. Tahu kah engkau bahawa siapa pun wanita bila suaminya marah kepadanya, maka dia adalah wanita yang terkutuk, sebagaimana tersebut di dalam kita Zabur, Taurat,Injil dan Al-Quran dan diperkeraskan penderitaan nya dalam sakaratul maut, serta disempitkan kuburnya. Maka berbahagialah wanita yang diredhai suaminya."
Seorang wanita yang soleh akan menjaga agar selalu dicintai oleh suaminya sehingga tidak mengotori keharmonian keluarga mereka, Seorang suami telah memberi nasihat pada isterinya:
Maafkan lah kesalahanku
nescaya engkau kekalkan cintaku kepadamu
dan janganlah engkau bicara
saat kemarahanku sedang memuncak
Jangan sekali-kali kipasi kemarahanku
seperti engkau memukul rebana
kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui
bagaimana sikap orang yang tidak dapat mengawal diri
Jangan engkau banyak megeluh
kerana ia akan mengikis cinta
dan hatiku ini akan berubah menolakmu
kerana tabiat hati itu tidak tetap
Sesungguhnya kulihat cinta dalam had ini
bila berpadu dengan rasa benci
dalam waktu yang singkat rasa cinta itu akan hilang
No comments:
Post a Comment