Thursday 21 June 2012

Penyebab Suami Dingin Seks, Apa Yang Isteri Perlu Tahu?


Masalah seks suami selalu dikaitkan dengan masalah mati pucuk, ejakulasi pra matang dan sebagainya. Akibatnya , masalah ini , nafsu merudum dan tak kunjung datang hingga mengecewakan isteri. Namun mungkin tak ramai yang tahu bahawa selain daripada masalah sakit tuan, nafsu seks lelaki sebenarnya boleh juga terjejas gara-gara sikap isteri sendiri.Ada suami yang hilang ghairah di pertengahan hubungan seks gara-gara sikap isteri yang kurang menyenangkan.

1) Membuat Tuntutan Kepada Suami
Menjadi kebanggan suami apabila dirinya dapat memuaskan isteri dalam hubungan kelamin. suami akan berasa bangga dan hebat setelah memberi kepuasan batin buat isterinya.
Namun perasaan bangga atau hebat seorang suami dalam hubungan seks tidak akan tercapai apabila isteri membuat tuntutan tertentu ketika aktiviti seks berlangsung.
“Abang bolah tak jangan pegang situ” atau “Abang boleh tak lama sikit”. Kata-kata sebegini akan mengganggu tumpuan suami dan membuatnya bimbang tidak mampu melakukan seperti yang dituntut oleh isteri.Kebimbangan yang tidak berasas ini akan membuatkan suami beralah sebelum bertempur.

2) Memperlihatkan Kebosanan
Keinginan seorang isteri untuk melakukan hubungan seks dengan suami kadang kala terhalang oleh perasaan bosan akibat keletihan bekerja seharian di pejabat.
Bagaimanapun sebosan mana sekalipun anda rasa, sebaiknya ia tidak harus dipamerkan di hadapan suami. Kebosanan anda mungkin akan membunuh ghairahnya untuk bermesra dengan anda.
Cubalah mengetepikan perasaan tiada mood atau keletihan dengan mengatakan pada diri anda bahawa malam ini, kasih sayang perlu dipupuk kembali untuk kebahagiaan rumahtangga anda. jangan biarkan rasa bosan menguasai jiwa anda.




3) Berbicara Masalah Wang Di Kamar
Perkara ini perlu diberi perhatian oleh setiap isteri. jangan sesekali membawa masalah kewangan seperti hutang yang belum dibayar, perbelanjaan dapur yang tidak mencukupi dan masalah kewangan lain ke kamar tidur.Ia akan memberi tekanan kepada suami. seterusnya akan membuatkan dirinya hilang rasa ghairah untuk melakukan hubungan seksual. Ia bukan sekadar menghilangkan ghairah suami tapi juga menimbulkan perasaan malu dan marah dalam diri suami

4) Melemparkan Kritikan
Kata-kata berunsur kritikan akan memeberi kesan pada perasaan suami walaupun anda menganggapnya sebagai suatu gurauan. Contohnya, mencela suami, kaki suami kotor, perutnya buncit dan nafasnya berbau rokok, ia boleh melunturkan semangatnya untuk meneruskan hubungan kelamin.

5) Berlakon atau Bersandiwara
Sebagai isteri, tidak perlu berlakon ketika bersama suami di ranjang. Percakapan secara jujur dan berterus terang dengan suami. Jika mahukan layanan yang boleh memberikan kepuasan kepada anda, katakan saja pada suami. apa yang nak dimalukan, suami isteri berkongsi segala-galanya,bukan.

6) Bersikap Terburu-buru
Melakukan hubungan intim bersama suami dalam keadaan terburu-buru adalah sangat tidak baik. usahakan untuk melakukan aktiviti yang menyenangkan ini dalam suasana yang tenang dan relaks.

7) Terlalu Banyak Peraturan
Aktiviti seks adalah masa paling peribadi dan paling intim buat pasangan suami isteri. Ia juga waktu yang paling banyak beharga buat suami isteri. Terlalu banyak peraturan dan petua akan merosakkan suasana intim, gelak tawa, gurau senda dan kehangatan anda berdua. jadilah diri anda sendiri, biarkan segalanya berlalu dengan selesa.

8 ) Ragu-ragu
Jangan cuba bertanya dengan suami perkara-perkara seperti kualiti cinta suami ketika sedang melakukan hubungan kelamin. Pertanyaan, “Adakah abang sayang saya?”.”Adakah abang puas?” dan sebagainya akan mendatangkan keraguan di hati suami dan boleh menimbulkan rasa kurang senang. Ia juga boleh mengeruhkan suasana hubungan suami isteri.

Ok..sekarang semua dah tau perkara-perkara yang boleh menyebabkan hubungan intim suami isteri terganggu. Biasalah kaum lelaki kadang-kadang sensitip lebih... :)

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...