Terdapat 2 proses pengeluaran susu berlaku iaitu
Jom lihat video 3D animasi ini dahulu then baru saya cerita;
Bagaimana susu dihasilkan?
Pengeluaran susu bergantung pada keperluan dan penghisapan bayi kita. Anak saraf
di dalam puting dirangsang apabila bayi menghisap dan melakukan ransangan pada puting payudara.
Kemudian isyarat dihantar ke otak yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin. Hormon ini memulakan pengeluaran susu dalam buah dada.
Hormon prolaktin akan menyebabkan sel alveoli mengembang dan menghasilkan susu.
Bagaimana pula proses pengaliran berlaku?
Urat saraf dalam puting akan diransang apabila bayi menyusu dan memberi isyarat ke otak
Oksitosin dikeluarkan ke dalam aliran darah dari bahagian belakang kilang pituitari
Hormon oksitosin menyebabkan otot-otot disekeliling payudara mengecut dan mengalirkan susu ke puting dan dihisap keluar oleh bayi.
Sekarang dah tau kan cmne proses penyusuan berlaku. Proses ini mudah sahaja tetapi ibu-ibu yang menyusukan bayi seharusnya punya semangat yang tinggi dalam melawan situasi tekanan. Tekanan atau stress adalah punca utama berlakunya susu merudum tiba-tiba di mana seperti yang terangkan di atas sel-sel saraf menghantar isyarat terus ke otak. Kalau fikiran kita terganggu, proses penghasilan susu juga terganggu. Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu yang dihasilkan.
Progesteron – penting semasa pembentukan dan kematangan kelenjar mamari, mempengaruhi saiz alveolus dan lobus di dalam payudara wanita hamil. Walaubagaimana pun selepas proses kelahiran kandungan hormon ini berkurangan.
Estrogen – merangsang perkembangan dan kematangan kelenjar mamari.
Prolaktin – merangsang penghasilan susu ibu.
Oksitosin – merangsang pancutan susu dan pengecutan uterus selepas kelahiran
Baiklah ibu-ibu semua dah tau bagaimana proses penghasilan dan hormon yang terlibat dalam meransang kalenjar bagi menghasilkan susu. Sekarang mari kenal vitamin tambahan bagi membantu penyusuan lebih cemerlang. Insyallah . Jemput baca dan KLIK
Thank's Infonya Bray .. !!!
ReplyDeletewww.bisnistiket.co.id