Tuesday 26 June 2012

Dua Pertiga Kehidupan Dah Tamat, Tinggal Lagi Satu Pertiga Harus Diteruskan

Apabila kitaran haid yang sedang atau telah dialami oleh seseorang wanita selama kira-kira 40 tahun menjadi kurang tetap dan kemudiannya berhenti, maka berlakulah satu peringkat baru dalam kehidupan , iaitu menopaus.

Purata umur wanita yang menopaus adalah 50 tahun namun ia juga boleh terjadi di antara umur 45 tahun hingga 55 tahun. Ini bergantung pada sel ovari yang ada pada seseorang. Ia menandakan tamatnya keupayaan pembiakan dan putus haid. Perubahan ini berlaku secara semula jadi dalam badan wanita. Pun begitu, menopaus sering membawa pelbagai akibat, baik dari segi fizikal atau mental.

Wanita menganggap menopaus sebagai satu jangka masa yang membawa impak dan perubahan besar ke atas hidup mereka. Sementara para doktor menganggap sebagai satu fenomena perubatan. Menopaus merupakan kebimbangan kepada semua wanita kerana ia bukan tahap hidup yang selesa bagi mereka. Menjelang masa ini, wanita mula nampak lebih tua dan peranan mereka di rumah serta di kalangan masyarakat akan berubah.

Wanita mesti memahami bahawa menopous adalah suatu fasa normal dalam kehidupan. Ia merupakan proses semula jadi penurunaan fungsi ovari dalam penghasilan hormon  estrogen dan progesteron. Sejak lahir, seseorang itu mempunyai satu juta sel ovari. Dari mula didatangi haid sehinga menopaus, banyak sel ovari berkurangan. Menopaus berlaku kerana tiada lagi stok sel di dalam sel-sel ovari tersebut.

Wanita yang mengalami menopaus akan mengalami gejala-gejala seperti serangan kepanasan dan berpeluh pada waktu malam yang berlaku di antara tiga hingga enam minit, sakit belakang, sendi dan tulang kerana kepadatan jisim tulang berkurangan, kekeringan faraj atau keperitan semasa hubungan seks dan kemungkinan dijangkiti infeksi dan saluran kencing meningkat.

 Ada juga menghadapi masalah gangguan tidur, rasa sejuk dan kekejangan pada tangan dan kaki, kesakitan sendi dan otot, sakit kepala, pening, sesak nafas dan jantung berdebar-debar. Sesetengah wanita juga tidak dapat menumpukan perhatian dan mudah menangis atau berkelakuan tidak menentu. Keluhan lain yang jarang berlaku tetapi amat menganggu adalah gangguan mental sepei keletihan, perubahan emosi mendadak, kerisauan tanpa sebab, kebimbangan dan kemurungan.

Menopaus bermakna seseorang wanita itu telah menjalani dua pertiga kehidupan dari usia masing-masing dan tinggal satu pertiga lagi bagi diisi dengan aktiviti yang tidak dapat dilakukan dahulu umpamanya ibadat dan sebagainya.

Perbezaan  sistem reproduktif wanita menjelang menopaus


Selain itu, wanita boleh mengambil hormon gantian bagi menggantikan hormon estrogen yang berkurangan di dalam badan wanita. Semasa menopaus, badan tidak berupaya meghasilkan HORMON ESTROGEN seperti dahulu. Paras estrogen mula menurun dan penghasilan estrogen tidak tetap seperti dulu. Penurunan paras estrogen menyebabkan perasaan  tidak selesa serta gejala-gejala fizikal dan mental.

JANGAN MALU HENDAK MEMULAKAN RAWATAN HORMON GANTIAN. Mereka yang berminat mengambil pil hormon ini perlu melakukan pemeriksaan berkala, lihat kesan sampingan seperti perubahan pada payu dara (kejang, bengkak) , pening, loya dan pendarahan faraj.

Wanita yang mengalami menopaus juga amat  digalakkan menjaga nutrisi dan mengambil pil KALSIUM 1000- 1200mg, VITAMIN D, E, MAGNISIUM, OMEGA 3, makan banyak soya, brokoli, kobis dan tomato.

Kesimpulan nya, tanamkan sikap positif hadapi MENOPAUS.


Jika anda ingin share artikel ini di blog anda, mohon kredit http://www.mama-batrisyia.blogspot.com/ Terima kasih.

 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...