Friday, 26 September 2014

~ Expecting 2nd baby ~

Alhamdulillah…syukur pada  Allah swt.
Iman untuk tempoh 9 bulan lagi bukan lagi the only child for long. Iman bakal dapat adik pada umur nya pada ketika adiknya lahir nanti ialah 3++ tahun. Memang dah elok sangat dapat adik kan sebab Iman dah besar dah pun. Dah boleh di ajar untuk bantu itu ini. Lagipun pengasuh Iman bagitahu Iman dah pandai dah jaga adik-adik yang lain kat rumah pengasuh.



Ramai kawan-kawan tanya tak nak tambah lagi ke, normal la soklan tu kan. Bukan tak nak tapi  memang iyer , kami suami isteri memang merancang untuk anak 2nd ni, Alhamdulillah pada masa kami dah sedia nak ada 2nd baby, rezeki yang Allah bagi tu memang cepat. Sama la masa disahkan preggy  yang 1st  dulu usia perkahwinan kami baru 3 minggu.

Patut lah Iman sejak 2-3 minggu ni memang suka sangat usung patung anak kecik tu. Dah praktis awal-awal. Lepas ni kurang la sikit nak mengamuk ye sayang sebab dah ada kawan main. Baby boy or girl kita terima je asalkan bayi yang lahir ni nanti sihat tubuh badan dan mama harap lahir adik Iman ni nanti dipermudahkan saat bersalin nanti. Tak nak sampai vacuum-normal macam lahirkan Iman dulu. Satu perkara lagi yang belum settle dengan si Iman ni, dia masih lagi menyusu badan. Tengah slowly dah nak bercerai susu tapi bukan lah mudah kita nak cakap “ tak boleh” dia terus ikut dan faham kan.

Preggy anak 1st dulu tiada masalah alahan yang teruk pun. Rasa seperti biasa sahaja. Muntah adalah 3-4x tapi biasa je. Cuma kuat makan. Cuma alahan agak teruk pada usia 7 bulan kandungan. Badan ni berpeluh dan gatal sepanjang masa. Rasa nak nangis pun ada, tak kira siang malam, rasa nak berendam je dalam air. Ajaib, bila lahir je Iman, terus je hilang segala peluh dan gatal.

Simptom preggy yang 2nd ni so far macam yang 1st tu, tapi yang ni rasa pening macam naik kapal. Tapi belum ada muntah/ mual lagi. Masih awal lagi kot nak tahu sama ada kali ni mudah atau tak sepanjang tempoh preggy ni. Orang cakap, alahan mengandung ni kadang berbeza tiap-tiap anak tu. Dan ada juga yang masa preggy senang, tapi masa nak bersalin macam-macam yang jadi.

Sebenarnya saya dah cek awal dah UPT ni sebelum due period lagi. Due period sepatutmya 17/9/2014 tapi saya dah buat 1st UPT test sendiri kat rumah pada 11/9/2014 dan 2nd UPT test pada 12/9/2014. (kurang sabar jugak) .Tanda +ve tapi garis ke-2 tu samar-samar sebab terlalu awal cek mungkin dan hormon Hcg yang mungkin juga masih rendah. Due period pun belum kan.  Cek UPT awal sebab simptom kelaparan tak tentu masa dan sakit kat bahagian ari-ari macam nak period. Lagipun sebab saya ada ambil tablet Herblax dan Alfalfa Shaklee, jadi bila dah tahu preggy ni senang la, automatik saya stop terus sebagai langkah berjaga-jaga.

Kat bawah ni test UPT saya 1st & 2nd.



So, after due tarikh period tu, saya cek lagi 3rd time pada 18/9/2014, memang confirm la hamil, dah nampak jelas  double line tu. So, EDD saya mungkin pada 24/5/2015 sebab period bulan lepas pada 17/8/2014. Jika cukup 40 minggu la kan. If bersalin awal tak tahu la.
Setakat ni belum lagi bagitahu kat kawan-kawan yang lain, Cuma kat family dan sorang best friend shj yang tahu. Sebab nak jumpa doktor dulu tengok isi kat dalam tu then kita officially beritahu dorang.


Suami mestilah gembira sebab dia memang anytime ready je nak 2nd baby, maklumlah bukan dia yang kendong perut 9 bulan tu kan. J
Doakan perjalanan hamil dan bersalin saya kali ni mudah ye dan In syaa Allah lebih mudah dengan pengambilan suplemen SHAKLEE utk ibu hamil. Buat masa sekarang dah mula amalkan suplemen B-complex , ESP dan Vitalea. Memang dah amalkan suplemen Shaklee masa anak 1st dulu, so far memang alahan nya tak teruk. Tekanan darah bagus, dan takde kencing manis.

Nota: Anak pembawa dan pembuka pintu rezeki.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...