Monday 6 October 2014

~Morning Sickness~ Derita Mabuk Hamil ~

Morning sickness ialah rasa tidak enak atau mual-mual di pagi hari yang umumnya dialami wanita hamil.

Morning sickness terjadi sbb janin mengeluarkan hormon Beta HCG (Human Chorionic Hormon) yang menimbulkan, antara lain, rasa mual yang munculnya di pagi hari.Sebab sepanjang malam ibu hamil kurang minum, sehingga tidak buang air kecil. Akibatnya, Beta HCG dalam darah tidak terbuang dan meningkat jumlahnya, sehingga terjadinya rasa mual itu.

Puncak mual biasa terjadi di minggu ke-13 usia kehamilan. Bagi ibu bekerja, morning sickness selalu terjadi pada waktu pagi. Tetapi umumnya ibu bekerja punya motivasi kuat untuk sihat, sehingga morning sickness yang dirasai tidak terlalu teruk.

Untuk mengatasi morning sickness ini, si ibu hamil tadi boleh lakukan beberapa perkara di bawah:

Mengatur pola makan. Jangan skip sarapan, lunch dan dinner.

Setiap setengah jam minum setengah gelas air atau jus buah segar.

Jangan takut asyik buang air kecil, sebab buang air kecil sangat digalakkan untuk membuang hormon HCG tadi .

Makan biskut dan buah-buahan kering seperti kismis, prunes, dan epal. Buah-buahan kering ini mengandung glukosa dan serat tinggi, sehingga boleh melancarkan buang air. Kadang-kadang ubat dijadikan jalan pintas untuk menghilangkan mual. Tetapi tak selalunya berhasil.

Tidur bukanlah cara tepat menghilangkan mual, sebab aliran darah jadi tidak lancar, jadi aktiviti untuk buang air akan terganggu. 

Makan suplemen prenatal seperti folic acid, kalsium, multivitamin di waktu bila anda merasakan tidak akan memuntahkan nya. Jangan abaikan pengambilan suplemen ini. Asid folik penting kerana ini akan membantu tulang belakang dan sistem saraf bayi berkembang dengan baik.
Bagi ibu hamil yang tidak bekerja, sebaiknya cari kesibukan. Misalnya, berolahraga ringan seperti berjalan kaki atau berenang. Jangan buat diri macam orang sakit.

Setiap wanita hamil, pengalaman hamil nya berbeza. ada yang masa hamil teruk morning sickness, tapi masa bersalin sangat mudah.
Mungkin ada juga yg anak pertama sangat mudah, tapi hamil anak kedua pengalaman sedikit mencabar.
Jika anda mengalami kesakitan, demam dan sakit kepala, atau jika anda merasa loya dan muntah-muntah pertama kali setelah hamil sembilan minggu, berjumpalah dengan doktor sebab anda mungkin menghidap penyakit lain.
Walau apa pun, itulah pengalaman berharga bagi seorang yang bergelar ibu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...