Wednesday 10 September 2014

All About Love ~Rahsia Dunia Si Kecil ~ Bau Badan & Bentuk Puting Si Ibu ~

Terasa juga hati bila terbaca artikel "copy n paste" ni..
Rasanya perlu utk sy share kat sini

Buat renungan ibu dan ayah..
Bayi hanya mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk mengenal ibunya dan orang dewasa lain. Namun yang menarik bunyi dan bau ibu boleh dikenalpasti oleh bayi sejak dari lahir lagi. Unik kan. Bau si ibu la yang buat si kecil tidur lebih lena.

Apatah lagi jika si ibu telah menyusukan si anak itu sehingga umur nya 2-3thn. Sudah pasti tidur si kecil itu mesti ditemani aroma bau badan si ibu
Memang tersentuh hati baca kisah di bawah ni. Anak sy juga.begini, tidur mesti nak sebelah ibu nya.

=============================================================

Ustaz,
Baru-baru ni sy marah kakak,, sbb die baling barang mainan die kat adik. Saya cubit lengan dia. Geram.Dia meraung kesakitan.Haritu saya memang tak layan sangat dia. Sampaikan ayah dia balik, saya serahkan pada ayah dia nak buat macam mana.

Malam tu, saya tidur kat ruang tamu sebab senang nak nyusukan baby. Kakak dan suami dorang tidur dalam bilik.

Ustaz, masa saya hampir nak terlelap.. tiba-tiba.. saya rasa ada satu tangan kecil memeluk saya.Kemas. Saya pusingkan badan dan dapati kakak sedang menangis teresak-esak di belakang saya.Terus saya dakap badan kecil anak yang berusia 4 tahun itu dan saya kesat airmata nya.Pada masa yang sama, air mata saya juga bergenang lalu menitis di atas pipi dia.

Suami saya sedari tadi berdiri memerhati berkata kakak tak boleh tidur. Susu dah bagi. Pampers dah salin. Tapi dia still tak boleh lelap.Akhirnya suami tanya "kenapa kakak tanak tidur?" Dia jawab " kakak nak cium bau mama"

Ya Allah. Terus saya menangis ustaz. Menyesal pun ada.Kenapa saya terlalu mengikut perasaan, menghukum jiwa kecil seorang kakak ini. Selang beberapa minit dalam esak, kakak terlelap dalam dakapan saya.

=============================================================
 Hah.. touching kan? Jom kita share sama2..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...