Monday, 2 September 2013

Bajet Rabak Kerana Makan

“ Hari ini mak letih, malas nak masak.. jom kita makan kat luar.” “ Adik rasa nak makan   steak daging la mama, boleh tak kita makan kat luar hari ni? "
Ayat-ayat begini memang dah biasa kita dengar dan masyarakat sekarang memang mudah mencari tempat makan di luar rumah. Kalau kita tinggal di Bandar, mencari tempat makan antara paling mudah yang penting poket ada wang, restoren pula pelbagai, ada mamak, ekslusif,  “fast food”, gerai atau makan kat hotel. Kalau malas nak keluar rumah tapi teringin nak makan di bandar, kalau malas keluar rumah pun takpe, tak akan kebulur pun.

Tetapi, walaupun mudah, belanja sudah tentu lebih bukan. Bagi keluarga besar, sekali makan kat restoren bajet bulanan boleh terjejas.  Jadi nak selamat kurangkan belanja kekerapan makan di luar. Tak salah sekali sekala kalau nak cuba restoren baru atau mengubah selera.

eating with family


Cuba ikuti  beberapa tips berikut untuk elakkan saku anda rabak.

Tawaran istimewa atau diskaun.
Ada restoren memberikan tawaran istimewa atau diskaun kalau makan pada waktu-waktu tertentu. Jadi rancang masa makan agar sesuai dengan waktu.

Kupon
Sekarang banyak restoren yang uat promosi dalam talian. Jadi boleh dapat harga diskaun jika buat pesanan melalui talian. Malah kalau lambat dapat pesanan, ade kupon percuma pula. Boleh guna untuk pesanan yang lain.

Pilih waktu makan
Sajian waktu makan tengah hari biasanya lebih murah daripada makan malam. Jadi boleh pilih waktu makan lunch dan bukan makan dinner. Andajuga boleh jimat belanja dengan cara mengambil brunch (gabungkan breakfast dengan lunch)

Kongsi makanan
Sebelum buat pesanan, kira dulu berapa banyak sajian yang diperlukan.Anak yang lebih kecil boleh kongsi dengan si abang atau kakak. Atau anda sendiri tak payah pesan apa-apa sebab dah tahu anak-anak pasti tak habis makan , akhirnya anda jugak yang perlu habiskan.

Selamat mencuba tips di atas ya.

Sesungguhnya makan di rumah berkeluarga lebih baik kerana boleh mengeratkan hubungan sesama keluarga dalam suasana yang lebh selesa.Selain itu boleh mendidik anak mengenai amalan pemakanan yang baik.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...