Thursday, 12 September 2013

Stok Susu Masa Pantang: Berapa Botol Susu Kena Ada Sebelum Mula Kerja?

Jangan anda tidak percaya, memang ada ibu yang dapat menyimpan beratus stok susu semasa dalam tempoh berpantang bilamana usaha ini dimulakan seawal bayi 2 minggu. Kagum tak? Namun tidak semua orang bertuah seperti ibu itu. Oleh kerana, semasa berpantang  penyusuan secara terus adalah digalakkan, sudah tentu kadang-kala ada ibu yang cuma dapat 1-2oz sahaja. 

Tidak mengapa asalkan sesi perahan dilakukan setiap 2-3 jam sekali. Dengan itu, pasti stok susu bertambah. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jadi tak kira lah berapa banyak stok susu yang perlu ada sebelum mula kerja anda sendiri yang tentukan kekerapan anda mengepam untuk dijadikan stok tersebut. Semestinya bekalan stok yang berterusan itu wajib kalau memang anda inginkan penyusuan penuh.

Jangan hairan jika anda dengar ada yang mengatakan stok susu perahan hanyalah untuk kegunaan kecemasan sahaja misalnya ibu dan anak terpaksa berjauhan untuk tempoh waktu yang panjang atau ibu sakit. Bukan untuk keadaan di mana kekurangan susu perahan atau semasa susu merudum. Jika anda jarang out-station atau tidak sakit, anda tidaklah perlukan stok susu ibu beku yang banyak. Mungkin hanya boleh menyimpan stok susu ibu untuk tempoh lebih kurang lima hingga tujuh hari.

Namun, tidak bermakna tiada stok susu yang banyak anda tak boleh menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu kepada anak. Ada ramai ibu yang tetap berjaya menyusukan anaknya dengan susu ibu walaupun tiada stok susu beku yang banyak. Namun yang pasti, anda perlu tahu menguruskan masa anda untuk memastikan susu sentiasa cukup untuk bayi.

Lihat gambar testimoni di bawah.

Untuk makluman ibu ini dah siap sedia dengan stok susu beku nya sebelum kembali bekerja. Beliau juga amalkan SET VITAMIN PENYUSUAN untuk bantu penyusuan beliau lebih lancar dan tidak terganggu. Maklumlah ibu berkerjaya mudah penat dan emosi stress kerana beban kerja.




Info: Susu perahan yang disimpan terlalu lama agak rendah kualiti dan zatnya. Seeloknya anda berikan susu perahan yang segar kepada anak anda kerana antibodi dalam susu perahan segar lebih aktif berbanding susu ibu yang dicairkan. Namun ia jauh lebih baik daripada susu formula.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...