Monday, 9 September 2013

Stok Susu Masa Pantang: Bila Boleh Pam Susu?

Stok susu ibu yang mencukupi sangat penting bagi memastikan bayi tidak terputus bekalan susu ibu selepas kembali bekerja. Oleh itu, perlu buat persediaan iaitu mengumpul seberapa banyak stok susu sepanjang tempoh berpantang. Jom kita kongsi beberapa persediaan untuk membuat stok susu semasa tempoh berpantang.

Langkah 1:
Pastikan lengkapkan diri dengan ilmu dan maklumat penyusuan susu ibu bagi elakkan pengeluaran susu ibu terganggu. Penting sangat bagi mommy baru.

Langkah 2:
Jangan terpengaruh sangat, masa pantang tidak boleh minum air banyak. Apa yang berlaku, mulalah pengeluaran susu ibu anda berkurangan. Masa inilah ramai ibu yang gelabah. Apa yang jelas perlu minum air 3 hingga 4 liter sehari, mengambil makanan berzat, mengambil makanan yang membantu menambahkan penghasilan susu seperti kurma, air halba dan susu dan boleh juga mengambil suplemen penyusuan sebagai pelengkap nutrisi. Sebagai contoh. suplemen penyusuan SHAKLEE.

Jika semua perkara ni betul caranya, pengeluaran susu perahan pastilah banyak. Jadi, mudahlah nak buat stok susu masa berpantang.

Stok susu masa pantang


Hari keberapa nak mula pam susu?

Susu ibu akan mula banyak pada hari ke 3 berpantang. Hari pertama dan kedua adalah hari anda merangsang pengeluaran susu melalui hisapan bayi. Lebih banyak bayi menyusu melalui payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan.Pastikan lekapan bayi pada payudara juga betul.


Bagi ibu bekerjaya memang pastinya perlukan stok susu yang banyak. Bukan banyak je..sangat banyak ye.Oleh itu pastikan anda mengumpul stok seawal minggu pertama dalam pantang lagi. Namun, ada juga yang mulai buat stok sebulan atau dua minggu sebelum masuk kerja. Apa yang jua pendekatan, utamakan penyusuan terus kepada bayi kerana bayi usia 6 bulan pertama harus diberikan susu perahan ibu yan segar iaitu yang belum dibekukan kerana antibodi di dalamnya fresh EBM lebih aktif berbanding susu ibu yang dicairkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...