Monday 6 March 2017

Bahayakah G6PD? Kacang Parang Tak Boleh Makan?

Kekurangan enzim G6PD bukan lah satu  kecacatan atau penyakit. Ia hanya lah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina lelaki dan perempuan. Namun, ia lebih sering dialami oleh bayi lelaki.

G6PD ialah singkatan nama bagi enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah apabila terdedah kepada ubat-ubatan tertentu, makanan atau jangkitan.



Kekurangan enzim G6PD nie sgt ketara di kalangan masyarakat Asia. Jika di Malaysia, semua bayi baru lahir akan disaring untuk mengenal pasti kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah dari tali pusat si bayi tadi.

Kesan dari G6PD boleh menyebabkan anemia akibat tekanan pengoksidaan apabila si kecik terdedah pada ubat-ubatan, makanan atau bahan tertentu. Ia menyebabkan sel-sel darah merah pecah, lalu menjadi punca anemia. Proses pemecahan sel-sel darah merah ni dinamakan hemolisis. 


Ada kah G6PD bahaya?
*******************
Biarpun kekurangan enzim G6PD ada lah untuk seumur hidup dan tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara. Ia juga tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.
Jangan bimbang jika anak ada G6PD. Pada dasarnya tidak bahaya. Cuma kita perlu tahu bahawa masalah ini akan terjadi jika anak tadi terdedah pada punca terjadinya hemolisis dalam darah. Oleh itu penting sangat kite peka pada puncanya.


Elakkan...
🙂 makanan yang mengandungi pewarna tiruan seperyi methylene dan toluidine blue
🙂 makanan yang mengandugi sulfida
🙂 kacang soya atau produk soya
🙂 sesetengah produk bebas gluten spt tepung
🙂 semua jenis kacang atau produk kacang terutamanya kacang parang
🙂 asid askorbik tiruan yang biasa terdapat dlm suplemen vitamin C
🙂 gula- guna dan makanan berperisa menthol
🙂 ubat gegat


kacang_parang_g6pd
AWAS !! SILA HINDARI KACANG PARANG JIKA ANDA PENGHIDAP G6PD

Kekurangan enzim G6PD ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X.

Oleh sebab itu kebanyakan yang mengalami G6PD ada lah kaum lelaki. Manakala kaum perempuan merupakan pembawa.

#G6PDdeficiency

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...