Wednesday, 3 December 2014

Tips Jaga Luka Pembedahan (Czer)

Hari ni saya nak share cara jaga luka pembedahan supaya tak mudah dijangkiti kuman dan bernanah.  
Jangkitan kuman pada luka cser sebenarnya boleh jadi ‘nightmare’ bagi mereka yang bersalin pembedahan terutama jika jangkitan jadi serius sampai kena cuci di hospital.
Jika luka tak ada masalah, boleh jadi senang je nak jaga luka czer ni.



Faktor utamanya – luka mesti sentiasa kering.
Tapi nak pastikan luka cser sentiasa kering akan jadi masalah bila perut masih besar dan menggeleber sampai tutup tempat jahitan.

Bila badan berpeluh, kulit perut yang tutup luka akan sebabkan luka sentiasa lembap.

Okey, ini tips dari Puan Fazidah , founder bengkung moden :

STEP 1

Tiap kali selepas mandi, keringkan bahagian luka pembedahan dengan pengering rambut (hair dryer).

Ini penting agar luka sentiasa kering dan tidak terkena jangkitan kuman dan bernanah.

Ramai juga yang tanya saya, keringkan dengan kipas boleh?

Boleh juga, tapi saya tak galakkan. Bayangkan kalau kipas tu penuh dengan habuk… ?

STEP 2

Boleh juga sapu ubat luka di tempat luka.

Boleh sapu selama 30 hari atau sampai cukup 44 hari berpantang.

Ubat luka ini selain dibekalkan oleh hospital, Mama juga boleh dapatkannya di farmasi.

Selain dari tu, boleh juga gunakan ubat pusat baby. Biasanya ubat pusat baby tu guna seminggu atau lebih sikit je untuk baby.

Bila tali pusat dah tanggal, dah kurang guna.

Jadi, boleh lah guna kat si ibu pula.

STEP 3

Guna tisu gulung untuk lapik perut masa dalam pantang.

Tisu gulung yang macam mana…? Ni pun ramai yang tanya saya

Boleh guna toilet roll atau tisu gulung dapur.

Toilet roll lebih murah dan lembut. Sekali beli dapat 1 bundle. Nak lilit tebal2 kat perut pun tak sayang.

Tapi jika anda nak guna tisu gulung yang guna kat dapur tu pun boleh je. Yang tu lebih lebar.

Cuma tisunya lebih tebal sikit dan harganya lebih mahal.

Apa rasionalnya guna tisu gulung? Guna kain batik atau napkin tak boleh ke?

Tak de rasional apa2

Tapi kalau guna tisu ni senang, masa nak mandi boleh terus buka dan buang tisu.

Lepas mandi tukar tisu baru sebelum pakai bengkung moden.

Kalau guna kain, ada je nanti yang dok kibas-kibas kain, lepas tu ulang guna lepas dah mandi. Kan tak hygienic namanya tu…?

Kita kan nak jaga luka cser. Kenalah pastikan luka sentiasa bersih dan kering.

STEP 4

Elakkan dari sapu gel gamat kat luka cser.

Kalau anda nak sapu jugak gel gamat, tunggulah sampai luka dah betul2 kering atau 3 minggu lepas pembedahan.

Dah ada kes customer saya sapu gel awal sangat sampai luka kena jangkitan.

Terpaksa lah dia berulang alik ke hospital setiap hari untuk cuci luka cser sampai bercantum sendiri.

Inilah 4 step yang saya buat masa lepas bersalin cser dulu.

Boleh share dengan saya apa pandangan anda tentang tips ni?

Atau ada info tambahan yang anda perlukan berkaitan dengan penjagaan luka cser?
Boleh share kat sini ye.. 

=========================================================






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...