Sunday, 5 January 2014

Bayi Kembung Perut – Dah Habis Ikhtiar Dah.

Nak kasi intro sikit, ada sesiapa yang punya cara nak hilangkan kembung perut bayi. Masalah sungguh baby kembung teruk, dah macam2 ubat sapu kat perut dia. Tuam perut pun dah buat. Dulu masa anak sulung pun sama, kembung teruk, tak tahan lah malam je dia menangis macam kena pukul, macam kena dera, macam kene cubit-cubit. Dah macam-macam cara  buat, tapi masih sama lagi.

Anda perlukan petua tradisional yang tak rumit dan tak amik masa sangat nak elok.
Amik bawang kecil,tumbuk-tumbukkan skit hingga keluar air bawang dan sapukan pd pusat baby. Selawat dulu 3x kemudian sapu. Masalahnya baby dah menangis kuat, kita kat dapur sibuk menumbuk bawang !!

Ambil daun sirih layurkan kat api biar suam suam kuku. Kemudian letak kat perut baby. Masalahnya mudah ke nak cari daun sirih?

Berapa ramai yang akan buat petua kat atas, bila baby dah menjerit dan menangis? Pasti yang mudah anda akan sapukan minyak yuyi dan minyak telon. Salah satu cara berkesan jugak lah sapu minyak-minyak ni untuk luaran baby.

Hah, nih lah nak share dengan mommy semua, mungkin ada yang dah familiar, dan pasti ada ramai yang tak familiar jugak especially mommy-mommy baru atau anda dah tahu lama tapi takut nak cuba.

GRIPE WATER salah satu cara untuk atasi masalah kembung dan kurang hadam pada perut bayi. Boleh dan selamat ke diberi pada baby? Jangan risau dan jangan khuatir selamat mengikut dose dan umur bayi tersebut. Jangan pulak diberi ikut suka je. Dose ikut umur dah tulis siap-siap kat botol. 


Baki Gripe Water yang masih berbaki dlm peti ais

Masa saya dalam pantang, Iman kerap menangis, kata Ibu dan Makngah saya perutnya kembung. Ditambah pulak dengan menangis, jadi keras lah perutnya kan. Jadi Ibu cadangkan beri Gripe Water. Saya masa kecik-kecik dulu pun memang Ibu beri kami adik beradik gripe water nie. Tengok, zaman mak-mak kite dah wujud dah.  Maka Mak Ngah pun belilah kat kedai sensei. Kat kampong susah nak cari kedai-kedai baby macam kat bandar kan. Mujurlah ada tu. Angin boleh masuk dalam badan akibat menangis, menyusu dan bernafas.

Macam ajaib pulak, bila saya beri je gripe water ni kat Iman, tak berapa lama pastu dah boleh tidur nyenyak. Paling penting tak lah menangis malam-malam.  Kita pun leh tidur lama sikit kan.

Alhamdulillah, memang ok sangat lah perut pun tak kembung lagi. Lepas dimandikan bayi  boleh lah bagi sikit gripe water ni dan sapu kat perut minyak yuyi atau telon. Thank you Ibu dan Makngah tergerak dalam fikiran tu pasal gripe water ni. Sampai sekarang masih lagi  ada separuh botol (tak silapnya botol ke-3) dah tak berusik dah. Sebab Iman dah besar dan jarang sakit perut berkat Meal Shake Shaklee jugak la kot. Melawas cukup bagus. Just standby je kot-kot sakit perutla kan.

Camne rupa gripe water ni? Rupanya macam air biasa je, putih macam air masak.
Rupa kotak Gripe Water
pasaran Malaysia

Dijual dalam kotak putih biru macam kat bawah ni. Harga tengok tempat, ada murah, ada mahal. RM11.90 . J Kat bandar yang mudah dapat harga bawah RM10 je.  Penting jugak ni HALAL dan TANPA ALKOHOL. Boleh diambil bermula usia 1 bulan hingga dewasa. Jadi kalau anda sendiri tak selesa perut, bolehlah ambil ni, kentut-kentut keluarkan angin. :). Kalau nak yang tablet boleh, Peppermint Ginger Shaklee (untuk dewasa je, bukan untuk bayi). Sesuai sangat untuk ketidakhadaman.  


Penting HALAL tanpa alkohol


Kelebihan Gripe Water ni juga sesuai untuk bayi yang mulai tumbuh gigi. Maklumlah tumbuh gigi akan buat bayi tak selesa, kadang kala yang tak tahan tu boleh jadi demam. Jadi, Gripe Water ni pun sesuai untuk melegakan ketidakselesaan pada bahagian oral bayi. At least, kuranglah sikit rasa tak selesa tu.

Berbalik pada kembung tadi ,sebab-sebab berlaku kembung perut lagi ada  banyak sebab . Salah satu kena tengok juga susu yg baby minum. Kalau minum susu ibu pastikan si ibu tak makan makanan yang berangin, berlemak. kalau minum susu formula kena tengok keserasian bayi dengan susu tu.

Kembung perut nie mungkin sebab juga ketidak serasian pemakanan, jenis susu, ibu yang mengamalkan jamu, cuaca persekitaran, suhu air dan air minuman yang kotor, tahap imun badan yang kurang dan lain-lain.

Ada juga orang cakap sebab selalu kembung ni kadangkala kita goncang susu dalam botol tu kuat-kuat sangat sampai berbuih-buih. Bayi menyusu botol jugalebih kerap kembung kerana banyak menelan udara akibat daripada aliran susu yang laju.

Nak elakkan kembung perut juga jangan lupa sendawakan bayi lepas menyusu dan pakaikan barut dan tuam perut bayi. Bayi yang menyusu badan kurang mengalami kembung perut berbanding bayi menyusu botol. Ini adalah disebabkan, bayi menyusu badan boleh mengawal aliran susu yg keluar dan menghisap dengan lebih perlahan, maka kurang udara ditelan. Walau bagaimana pun, dia juga perlu disendawakan . Bagi bayi yang menyusu menggunakan botol carilah puting yang sesuai  sebab  ada kemungkinan saiz lubang puting botol tu tak sesuai atau kedudukan botol salah ketika menyusu. Kini, kat pasaran dah bermacam jenis bentuk botol, bentuk puting susu. Dari harga mahal, sampai la yang murah. Mahal tak penting, asalkan bayi serasi. Puting botol skang ni banyak direka ada lubang “air system”  untuk cegah baby kembung.

Bila dah ada anak ni, banyak perkara kita belajar, dan kita akan sentiasa nak bereksperimen. Tak sesuai dengan anak, kita tukar yang lain sampailah jumpa yang serasi dan elok untuk anak.

Oklah, anak kembung perut/ colic, habis dah ikhtiar cuba GRIPE WATER pula ye.

Tercari-cari krim yang mujarab, berkesan dan cepat sembuh untuk puting melecet, merekah, bengkak ape-ape jela. KLIK SINI >> Puting melecet


8 comments:

  1. Bby sy baru 26 hari, boleh bg kee, n klu bg berapa sukatannya?

    ReplyDelete
  2. Bayi bwh umo 6 bln xleh minum gripe water..doctor pon x galak..

    ReplyDelete
  3. Untuk next baby..cuba elakkan makan bawang..mungkin baby xsesuai dgn bawang.

    ReplyDelete
  4. Untuk next baby..cuba elakkan makan bawang..mungkin baby xsesuai dgn bawang.

    ReplyDelete
  5. Baby sy tgh demam nk tumbuh gigi geraham boleh ke kasi grip water? Dia tgh on antibiotik skrg

    ReplyDelete
  6. Bagi gripe water ni mcm tu saja atau campur dengan air ?

    ReplyDelete
  7. org tua kata layurkan sirih dan tuam kt perut tu utk ilgkan kembung ..petua lama tu....nice sharing .saja jenjalan...btw saya agen cuckoo kl..klau nak pakai penapis air bersuhu bole pm sy dkt 011-16930576.. ..promo cuckoo utk penapis air msih ad tu :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...