Monday, 30 December 2013

Diari Mama: 1 Tahun 6 Bulan Yang Lalu

Hari nie mood nak update tentang salah satu produk baby yang saya guna untuk atasi masalah “cracked nipple”. Alhamdulillah berjaya juga fully breastfeed si bantal busuk buah hati saya tu sampai 2 tahun lebih dah. Skang ni slow-slow tengah ajar Iman wean off tapi makin menjadi-jadi pulak manja dia. Taktik nak amik hati saya agar masih izinkan dia nenen. J
Ok, since saya dah melalui saat menyusukan anak sejak dari bayi hingga 2tahun, banyak perkara dah belajar. Apabila Iman mula tumbuh gigi dan dah pandai nak gigit-gigit, kadangkala sampai tergigit nipple, itu masih boleh terima lagi. Tak takut lagi masa tu. Saat yang buat saya paling takut masa Iman umur 1 tahun 6 bulan. Mak aihh,di gigit nya nipple tu sampai rasa nak tercabut la, sakit nya giler mau tak sakit. Mula-mula jadi merah, pastu bengkak dan kemuncak nya bernanah dan ada darah sikit. Bayangkan sakit tu, pedih tau. Si kecik ni pulak tak dapat  nak elak tetap juga nak nenen. Tahan je la. Sakit dan ngilu. Ada petua sapu luka tu dengan susu badan kita , tapi dah sakit sangat memang saya kena pi cari alternatif lain gayanya  sebabkan si kecik tu bukan faham mamanya tengah sakit kan. J

Nampak gaya saya kene jugak pi cari krim Bepanthen. Memang dah tak sabar sangat nak beli. Krim ni memang dah lama saya tahu kewujudannya even sebelum berkahwin pun. Memang banyak krim nipple lain di pasaran tapi saya tahu keberkesanan krim ni untuk luka yang dah teruk bernanah macam saya ni. Ada banyak saiz, tapi kebetulan hanya ada 1 saiz je masa tu, yang paling besar pulak tu dan MAHAL. Tapi tak kisah as long as it works kan. So, dapat saiz 100mg dengan harga tak silapnya RM22++ (mungkin ada tempat lagi murah kot). Dua hari je saya  guna krim ni, tadaa.. dah tak sakit dah, crack pun beransur bercantum semula. Caranya kerap sapu krim tu, just a thin layer cukup. Insyallah cepat je elok. So, bawak je dalam handbag, masa keje pun leh sapu. Masa ni lah nak kasi nipple tu heal cepat-cepat. Balik rumah nanti dah tentu Iman nak nenen. 

Krim Bepanthen ni kalau untuk yang baru pasti terkejut, kat kotak tulis untuk nappy rash. Iye, yang bagus nyer jugak boleh untuk nappy rash baby. Memang sangat berkesan even Iman memang boleh hitung la dengan jari berapa kali je kene nappy rash. 3 kali kot tapi sikit-sikit je. Tapi sebab dah beli tube yang besar tadi kan, berbaloi lah guna je. Klu tak bila nak habis nye. Cepat je hilang merah even baru sekali sapu. Jadi, untuk yang memang anak rashes teruk sangat sampai mengelupas dan melepuh, disyorkan guna dan cuba krim ni kalau krim yang lain tak sesuai untuk anak tu la.

Kalau sapu krim ni kat nipple yang luka tu, tak payah la cuci nipple tu if baby nak menyusu, selamat. Sama juga macam krim nipple lain.

Selain untuk kegunaan sapu pada bontot baby dan nipple luka, krim ni juga bole kita guna untuk kulit kering dan minor skin injury. Tekstur krim ni sticky dan sebenarnya bukan krim, tapi ointment. Sticky tapi tak berminyak. Krim ni juga memang telah diuji untuk cipta satu lapisan transparen yang tahan lama yang berfungsi untuk lindung kulit yang paling sensitif  juga irritasi. Sound interesting kan. Banyak pekdah.

So, to all mommies out there dan  bakal-bakal ibu tuh, leh lah try produk nih ye.

Sekian, next story nanti saya kongsi pula produk untuk kembung perut bayi dan masa bayi mulai tumbuh gigi. Bukan minyak yuyi, bukan telon atau apa-apa seangkatan yang sapu-sapu. Nak tahu, keep follow blog saya. J


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...