Thursday, 12 December 2013

Apa Nak Buat Bila Bayi Asyik Menangis

Bunyi tangisan bayi berbeza-beza mengikut mood dan keadaan bayi dan kadang-kadang, sebab tangisan sukar dikenalpasti walaupun oleh ibubapa sendiri. Jika bayi menangis ketika anda sedang menjaganya, cuba amati kemungkinannya dari senarai berikut:

  • Bayi mungkin lapar, sila semak masa susu terakhir?
  • Bayi mungkin tidak selesa disebabkan lampin basah. Maka cepat  tukar lampin dengan yang baru.
  • Bayi mungkin colic. Sakit perut sebab masuk angin
  • Bayi mungkin merasa terlalu panas atau terlalu sejuk, cuba rasa suhu dibelakang bayi. Alihkan kepada tempat sesuai.
  • Bayi mungkin kesunyian dan inginkan teman,  jadi hiburkan dan gembirakan dia.
  • Bayi mungkin keletihan tetapi tidak dapat tidur. Tenangkan bayi dengan membuai atau memberikan muzik ringan. Mudah bayi nak tidur nyenyak.


Cara gembirakan bayi

  • Jika bayi masih lagi menangis cubalah lakukan perkara yang boleh menghiburkannya seperti:
  • Berikan kepadanya benda untuk dilihat. Bayi suka melihat benda yang berwarna cerah, berwarna warni, dan bergerak gerak, serta muka manusia.
  • Berikan bunyi-bunyian untuk didengar. Bayi gemarkan bunyi muzik dan irama kadangkala menggerak-gerakkan tangan serta kakinya mengikut rentak bunyi. Mereka juga suka mendengar suara orang terutama suara ibu dan ayahnya. Bercakap-cakaplah dengan bayi walaupun kamu rasa dia tidak faham.
  • Pegang dan peluk bayi. Bayi suka dirinya dipegang. Ketika mengangkat atau meletakkan bayi, sokong lehernya dengan sebelah tangan dan punggungnya dengan tangan yang satu lagi. Sentiasa berhati-hati agar memberi sokongan kepada bayi kerana bayi tidak boleh menyokong kepala sendiri sehingga berusia 2 bulan.
Anda sudah belajar beberapa kemungkinan maksud tangisan bayi itu, jangan lupakan praktikkan ye. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...