Monday, 29 July 2013

Ketahui Cara Bantu Anak Speech Delay @ Lambat Berbicara

Tak sedar rupanya cepat betul masa berlalu, anak saya Iman Nur Batrisyia kini dah 1y9m. Seronok sangat bila dengar Iman menyebut perkataan pertama nya "papa" dan "mama". Sekarang kosa katanya dah bertambah, boleh sebut "taknak","nak", "bye","dah" dan beberapa perkataan pendek lagi. Selebihnya Iman dah memahami apa yang kita cakap padanya dan biasalah budak-budak lebih selesa dengan bahasa tubuh nya.

Sebagai orang tua terutama kaum Ibu yang sehari-hari mengasuh si kecil pasti risau  jika si permata hati mengalami lambat bicara atau speech delay di usia 2 tahun ke atas. Anda tak perlu cemas berlebihan kerana ada beberapa faktor  yang menyebabkan anak lambat bercakap. Misalnya faktor keturunan atau gangguan organ tubuh seperti gangguan otak atau pendengaran.

Tapi yang pasti, sikap tenang harus Anda miliki saat si kecil yang sudah menginjak usia 2 tahun belum lancar berbicara. Jangan terlalu rungsing selagi anak masih boleh merespon  pada  Anda dan menatap mata Anda saat berbicara. Biasanya, anak yang lambat bercakap disebabkan kerana terlalu aktif atau bergerak sehingga kurang fokus dan konsentrasi.  Dalam istilah kedoktoran anak yang lambat  bercakap disebut Attention Deficit and Hiperactivity Disorder(ADHAD).



Menurut pakar Psikologi Roslina Verauli, batas anak (terutama anak laki-laki) mampu berbicara lancar adalah usia 2 tahun 3 bulan. 3 perkara yang harus Anda waspada dari anak yang lambat bicara adalah apabila si kecil yang pada usia di atas 2 tahun 3 bulan TIDAK DAPAT:

  • Merespon komunikasi dua arah
  • Anak tidak mengerti bahasa reseptif atau bahasa yang Anda gunakan
  • Anak tidak mengerti bahasa verbal yang Anda sampaikan.


Jika ketiga perkara itu Anda temui pada si kecil. Cubalah beberapa langkah berikut ini.

1. Bawalah anak Anda ke doktor pakar atau psikologi, konsultasikan masalah Anda dan kemungkinan anak Anda akan menjalani terapi bicara.

2. Biarkan si kecil berinteraksi dengan teman-teman sebayanya. Bermain dengan teman sebayanya akan memperkaya kosa kata anak kerana bermain memerlukan komunikasi.

3. Jangan biarkan anak terlalu lama menonton tv atau filem anak-anak. Gambar-gambar yang menarik perhatiannya akan membuat anak menjadi pasif.

4. Meski anak belum lancar bicara, jangan malas untuk mengajaknya berkomunikasi. Kerana anak-anak dengan problem lambat bicara memerlukan rangsangan bahasa yang terus-terusan dilakukan.

5. Tradisi dalam masyarakat Melayu sering kita temui, ibubapa bercakap mengunakan kosa kata yang tidak betul . Ajarkan anak untuk mengucapkan kosa kata yang benar. Misalnya, makan bukan mamam. Susu bukan cucu dan berak bukan yak.

6. Jangan terburu memberikan label speech delay pada anak sebelum usianya 5 tahun. Anak baru boleh dikatakan mengalami speech delay saat usianya di atas 5 tahun.

7. Bersabarlah hingga anak berusia 3 tahun untuk mengetahui apakah anak mengalami speech delay.. Jika masih di bawah usia 3 tahun, Anda hanya perlu melakukan rangsangan kosa kata kepada anak dengan cara sering melakukan komunikasi dengannya.

Ada beberapa vitamin untuk kanak-kanak yang sangat sesuai buat anak-anak yang kurang fokus, kerap demam,kurang aktif dan ADHD. Vitamin-vitamin ni dapat membantu meningkatkan kecerdasan, pertumbuhan dan pemikiran anak-anak. Paling istimewa kalau anak kita kerap dan sedang demam, cubalah ambil vitamin-vitamin ni, Insyallah cepat je sembuh. Tentunya vitamin SHAKLEE iaitu Omega Guard, Mealshake juga Vitamin C 100mg.
Tapi hari ni saya nak kongsi Omega Guard ye. 

Jom baca testimoni ni.

Testimoni: Anak cepat sembuh bila demam




 Testimoni: Anak lebih cergas dan cerdik


Omega guard ni juga boleh bantu kurangkan dan atasi pelbagai masalah kesihatan pada setiap peringkat umur. Anda cuba dulu untuk anak-anak, pasti perubahan nya anda akan rasai.


Kini bukan semua ikan sesuai dinikmati, terutamanya kanak-kanak. Elakkan mengambil ikan yang tinggi kandungan merkuri seperti ikan yu, pari, tuna, todak, tenggiri, kerapu, makerel (kembung besar) dan ikan yang tidak bersisik kerana ia mempunyai tahap merkuri yang lebih tinggi.

Jika anda berminat nak dapatkan OMEGA GUARD ini atau vitamin buat anak yang lain  sudi-sudikan hubungi mamaBatrisyia82@gmail.com / Call/SMS/ Whatsapp: 017-6706342 / Add FB Azimah SuĂșt boleh chat secara langsung dengan saya. Sudikan LIKE PAGE Mama Batrisyia e-shoppe ada juga banyak info produk di sana. Sudah pastinya saya pentingkan pelanggan saya. Oleh itu setiap pelanggan Mama Batrisyia akan dapat HARGA YG ISTIMEWA DAN KONSULTASI PERCUMA!


Penafian: Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis,merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...