Thursday, 23 May 2013

Sukses Menyusui Dengan Puting Tenggelam "Inverted Nipple". Mengapa Tidak?

Ingin menjadi wanita dan ibu yang berjaya menyusui kesemua anak yang dilahirkan bukan lah mudah. Banyak rintangan dan cabaran harus dilalui untuk mencapai matlamat ni. Namun, berkat sabar dan usaha gigih pastilah akan membuahkan hasil yang memuaskan.

Antara banyak-banyak masalah penyusuan, salah satu nya ialah puting tenggelam/ puting flat atau bahasa omputih nya “inverted nipples”. Kalau tidak kedua-dua puting, ada yang   tenggelam salah satu puting . Puting susu tenggelam berlaku apabila kulit payudara diregangkan dan puting akan masuk ke dalam dan bukannya menonjol keluar. Sebenarnya puting tenggelam tidak mendatangkan masalah untuk menyusui bayi. Ini kerana, bayi melekap pada payudara, bukannya pada puting.

Bagaimana cara mengatasi masalah puting tenggelam? Ada pelbagai cara antara ialah:

  • Menggunakan pam susu
  • Menggunakan picagari yang telah diubahsuai untuk menarik puting keluar
  • Menggunakan pelindung putting semasa menyusui bayi. (nipple shield).
  • Tak tahu apa tu nipple shield? Camni  rupanya.
Ramai mengadu tak berjaya breastfeeding sebab puting tenggelam. Siapa kata tak boleh menyusukan dengan puting tenggelam. Mengapa tidak pula? Entri kali ni meh saya ajar teknik atau kaedah alternatif untuk menarik keluar puting tenggelam menggunakan picagari yang telah diubahsuai.

Cuba ya mommies.
NIPPLE SHIELD


1.  DAPATKAN PICAGARI 10ML 

2. OMBOH PICAGARI TU DIKELUARKAN

3. POTONG MUNCUNG PICAGARI YANG TAJAM (DALAM GAMBAR)

4. SELESAI DIPENGGAL MUNCUNGNYA


5. MASUKKAN OMBOH PADA BAHAGIAN YANG DIKERAT MUNCUNG TADI

6. Selesai proses memasukkan omboh dalam picagari yang diubahsuai tu boleh lah mencuba menarik puting keluar secara perlahan-lahan. Tariklah nafas dalam-dalam dan menarik keluar puting. Ala-ala menyedut ubat sirap untuk anak.

Kaedah telah diberikan, pilihan ditangan anda, nak cuba ke tidak je.

Masalah puting tenggelam perlu ditangani dengan penuh kesabaran. Cubala semua panduan yang telah dinyatakan supaya bayi dapat menyusu dengan sempurna dan melekap dengan baik. Dapatkan lah bantuan kaunselor penyusuan atau mereka yang mahir dengan penyusuan sekiranya usaha ibu masih gagal.



HAPPY BREASTFEEDING WITH LOVE !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...