Wednesday, 8 May 2013

Ketahui RAHSIA Vitamin SHAKLEE Dalam Membantu Penyusuan Ibu


Ibu permata hati.
Ibu teman sejati.
Biarpun pelbagai jolokan diberi; mummy,mama, emak,mak dan umi dan sebagainya namun orangnya tetap sama. Orang teristimewa dan yang membesarkan dan mengasuh kita. Teman susah senang tatkala duka dan suka yang kita akan kenang dan ingat sampai mati. Walau sebutan ibu semudah 2 suku kata, namun menjadi dan mengalas tuhas seorang ibu bukanlah semudah disangka.

Banyak yang perlu dikorbankan-masa,tenaga, wang ringgit, jiwa dan raga juga segala yang menjadi miliknya demi sebuah keluarga. Justeru itu sesuai sangatlah para ibu diraikan dengan satu hari istimewa iaitu HARI IBU.

Ibu sihat bermula dengan nutrisi yang betul. Sememangnya dlm memberikan yang terbaik untuk yang tersayang, para ibu perlu menyayangi diri mereka dahulu, Diri perlu dijaga, dibelai dan dimanja umpama menyayangi insan tercinta. Justeru itu pengambilan suplemen selain makanan seharian adalah perlu bagi memastikan  kesihatan diri apatah lagi bagi bayi yang menyusu susu ibu. Melihat kepada makanan ruji kita di Malaysia  di mana rakyat Malaysia lebih suka makanan yang sedap berbanding makanan sihat. Ini meruntun para ibu memberikan perhatian kepada suplemen dan nutrisi untuk mengimbangi zat dalam gizi makanan seharian mereka.

Mama Batrisyia pengdar shaklee
MAJALAH I-SIHAT MEI 2013

Penyusuan susu ibu.
Ramai yang telah sedar tentang khasiat susu ibu namun masih ramai yang bermasalah menyusui sendiri bayi mereka. Puncanya diri ibu sendiri kekurangan zat untuk menjana susu yang banyak serta kurang arif tentang teknik dan nutrisi betul dalam meningkatkan penghasilan susu. Tambahan pula ibu hari ini sibuk bekerja dan lambakan pelbagai jenama susu tepung dipasaran merumitkan lagi keadaan apabila ramai ibu mengambil jalan mudah dengan memberi anak susu tepung.

Ketahui  RAHSIA vitamin SHAKLEE
Set penyusuan Shaklee menjadi bualan hangat sejak akhir-akhir ini dan telah ramai mengambilnya untuk meningkatkan penghasilan susu. Sebenarnya tiada rahsia melainkan mengambil rangkaian suplemen berkhasiat agar dapat memenuhi  keperluan nutrient penyusuan ibu. 

Vitamin seperti Multivitamin, Protein, Vitamin C, Vitamin B kompleks, kalsium, Asid Lemak Omega 3 dan Alfalfa perlu diambil bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran air susu berterusan di samping mengekalkan kecergasan dan kesihatan ibu dan anak.

Anda tidak akan menyesal kerana di samping anak membesar selari dengan khasiat yang diperlukan, para ibu turut mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut seperti mengelak penyakit kanser ovari dan payudara. Disarankan menyusui bayi secara ekslusif selama 6 bulan dan meneruskannya dengan makanan tambahan sehingga bayi mencecah usia 2 tahun.

Marilah bersama Shaklee mencipta kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat untuk semua, sesiapa jua.

SET PENYUSUAN YANG MANA SESUAI BUAT ANDA? Sila KLIK > SINI<


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...