Ibu-ibu yang mula
mendapat tanda-tanda kelahiran perlu segera ke hospital. Jangan lupa bawa buku
merah / buku antenatal dan beg hospital bersama. Berikut antara tanda-tanda
yang perlu diambil serius.
.
.
Keluar air ketuban
iaitu air jernih yang tak berbau. Bila dah rasa macam adanya cairan yang keluar
dan keluarnya tak dapat ditahan, itu tandanya air ketuban dah pecah. Normalnya
cairan ketuban ni tak berbau, bersih dan jernih. Cepat ke hospital bila air
ketuban dah pecah walaupun rasa tak rasa kontraksi sebelumnya. Pecahnya air
ketuban tanpa disertai sakit dan rasa memulas, itu tandanya si ibu tadi
mengalami ketuban pecah awal sebelum tanda-tanda persalinan muncul. Sekali lagi
cepat-cepat pergi hospital risiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
.
.
No 2.
Sakit kontraksi yang
berulang-ulang dalam tempoh 30 minit sekali. Ia adalah rasa memulas dan nyeri
di bahagian bawah punggung atau pinggang serta kekejangan yang tidak
kunjung hilang walau pun si ibu telah
cuba mengubah posisi. Ia berlaku secara teratur dengan jarak yang semakin
pendek (3-5 minit) dan temapoh sekitar 45 hingga 60 minit.
.
.
No 3.
Keluar darah berserta lendir.
Itu tandanya terlepasnya sumbatan tebal (mucus plug) pada leher Rahim yang
menandakan telah terjadi pembukaan dan penipisan pada serviks. Sebenarnya
keluarnya darah dan lendir ni boleh je berlaku beberapa hari sebelum bersalin.
Cepatlah ke hospital
jika pendarahan makin hebat.
Jadi, ibu-ibu yang
pernah melahirkan anak, apa tanda-tanda awal korang nak bersalin? Pecah air
ketuban atau keluar darah dan lendir?
.
.
Layan video la kejap.
Info:
Mucus plug ialah lendir
yang kental yang fungsi nya ialah menyekat sebarang jangkitan kepada uterus dan
kandungan.
No comments:
Post a Comment