Tuesday, 1 November 2016

Tips Mudah Jaga Anak Jika Terkena Chicken Pox - Tanpa Gatal dan Kesan Parut

Kesian  Iman..
Bulan ni turn kakak pulak kene jangkitan virus chicken pox . Macam biasa la berjangkit dengan kawan-kawan.  Kawan kat tadika ade yg dah elok dan ade yg baru kene jangkit. Doktor di klinik dekat tadika pun bagitahu dah sebulan budak-budak kat tadika tu berjangkit-jangkit.

Maklumlah, biasa budak-budak kuaratin kat rumah dalam seminggu lebih. Bila dah elok mak ayah akan hantar ke tadika semula. Virus tu sebenarnya masih ada especially kuping-kuping kering masih lagi melekat pada kulit. Bila kuping tu luruh di lantai, kuping itulah yang bahaya yang menyebabkan kanak-kanak lain berjangkit. Pulak-pulak kalau ade adik beradik lain yang belum kene, besar peluang dorang nak jangkit ni.
Masa Iman kene chicken pox ni ada lagi 3 org pelajar yg comel-comel pun kene jugak.

Nak jadi kan cerita, timing si Iman ni kene chicken pox macam tau-tau je lagi 2 minggu  family planning kami ke Langkawi. Ermm.. risau sungguh sebab memikirkan chicken pox ni cepat-cepat la hilang. Kita pun nak gambar anak cantik tanpa parut.

Nak tips tak?

Ini kali pertama pengalaman anak sendiri kene chicken pox. Tiba masa nak apply segala petua zaman mak-mak dan moden kat anak sendiri. Bila anak sendiri kene rasa macam ok je nak handle anak chicken pox ni. Rasa macam dah berpengalaman pulak, padahal first time je pun.

**Mandikan dengan daun semambu.**

Ini petua orang India. Orang India lebih kenal daun ni dengan nama daun neem. Gigih betul ade pakcik India kat sebelah rumah pengasuh Aisyah tolong dapatkan daun ni untuk kak mah mandikan Iman dengan daun ni. Balik je rumah terus operasi merendam daun ni dengan sebaldi air. Nak lagi elok letak lah sikit kunyit dalam rendaman air daun ni. Kunyit kan terkenal dengan khasiat semulajadi antibiotik. Kesannya Iman tak gatal-gatal. Tak tergaru-garu walaupun chicken pox tu berair. Relax je Iman.

RUPA DAUN SEMAMBU

Chicken pox biasanya disusuli dengan demam? Alhamdulillah Iman tak demam pun. Masih sihat macam takde pape.
Kalau anak korang demam, siap sedia dengan ubat demam ye.


** Nasib baik KRIM HERBAL SHAKLEE sedia ada kat rumah.**

Hari pertama lagi memang kak mah terus sapukan krim herbal blend Shaklee ni kat seluruh badan Iman.  Kak mah tak sapu Calamine lotion dan Acylovir krim pun kat Iman ni. Krim herbal blend ni memang lah terbaik sebab chicken pox Iman kering dalam masa 3 hari aje. Malah ade bintik-bintik yang tumbuh tak keluarkan cecair pun.
Lepas je Iman mandi dengan air daun semambu itu, lap badan kering-kering dan sapu terus dengan krim herbal blend ni. Yakin lah memang herbal blend ni mujarab untuk chicken pox.

Paling best kulit Iman tak tinggal kan sikit pun parut chicken pox. Berbanding dengan 2 orang lagi kawan nya yang kene chicken pox sama waktu dengan Iman, kulit dorang masih lagi berparut on the day Iman kembali ke tadika. That time kami dah selesai bercuti ke Langkawi.

Tak makan ke ubat klinik?
Iman cuma makan syrup piriton aje waktu malam. Itu je.
Atas parents la jugak ye, kalau nak kasi anak makan ubat klinik pun takde salah pun.

Iman minum tak air kelapa?
Tak minum pun. Tak sempat nak carik air kelapa nya. Lagipun Iman bukan nak minum pun. Tak minum pun chicken pox keluar banyak juga. 


HARI KE-2 CHICKEN POX

Ini la Shaklee effect kak mah nak kongsi dan petua mandikan anak dengan air daun semambu ni. 
Air rendaman tu bau macam buah betik pun ade.

Alhamdulillah kesan nyer..

GAMBAR SEMINGGU LEPAS BALIK DARI LANGKAWI

Selamat Iman pergi ke Langkawi dengan muka yang bebas bintik. Seminggu lepas balik Langkawi si adik Aisyah pula kene jugak. Sama jugak, aplikasi tips yang sama tu aje kak mah gunapakai.


Jadi mak-mak  yg anaknya sedang kene chicken pox atau nak hilangkan parut chicken pox boleh cuba apa yang kak mah share ni. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...