Situasi era zaman
anak-anak kita yang menarik perhatian kak mah akhir-akhir ini bila kanak-kanak mula ketagih dengan gajet. Semua
kanak-kanak lebih suka menghabiskan masa dengan handphone bermain game daripada
bermain bersama rakan yang lain. Tapi saya percaya masih ada lagi ibu bapa yang
kawal anak-anak mereka supaya tak ketagih game.
Photo: Google jer |
Minta maaf nak tulis kat sini, tak semua ibubapa suka nak layan anak bermain. Sebab ibubapa sekarang pun ramai yang suka mengadap smartphone. Ibubapa pun suka nak suakan anak dengan ipad/ tablet nak kasi anak-anak diam dan tak kacau dorang.
Dulu masa zaman kita kecik-kecik, mak ayah akan buat majlis harijadi pun dah cukup tanpa dapat hadiah. Tapi kini, mak ayah sendiri akan belikan anak dengan gajet. Lepas tu install game banyak-banyak. Anak sekarang ni bijak-bijak tau sebab dorang lagi hebat main game dari mak ayah.
Kalau dalam ipad/tablet tu ade berunsur pendidikan seperti ABC , 123 dan lagu kanak-kanak boleh la diterima lagi.
Memang tak dinafikan zaman teknologi sekarang ni memang zaman anak-anak kite. Kite pun tak nak dorang ketinggalan kan.
Masalahnya ramai kawan kak mah mengadu, anak berjaga malam sampai 2-3 pagi pun tak tidur sebab menghadap gajet .Ini pastinya mengundang kerisauan kite. Parents mana tak risau nak ooi.
Canggih nya zaman
sekarang ni kan hingga anak-anak kita pun dah tak kenal permainan yang zaman
kita dulu-dulu main.
Nampak sangat kita la
generasi akhir yang kenal permainan lama. Anak-anak kite congkak pun tak kenal dah.
Macam mana dengan anak
ibu-ibu yang sedang baca entri kak mah ni?
Kak mah yakin dan hampir
pasti memang kebanyakan anak-anak pegang gajet. Makan kat restoren pun ramai je anak-anak yang main gajet.
Cuba perhatikan ada tak
mereka menunjukkan tanda-tanda seperti berikut.
1. Mengabaikan
keperluan utamanya, contohnya waktu makan dan solat bagi yang
beragama islam
2. Tak suka bergaul
3. Prestasi belajar
semakin menurun
4. Marah bila kita
minta phone dan gadjet dan suruh mereka berhenti main.
Photo : Google jer |
Ahh..kalau ada tanda-tanda
ni maksudnye mereka dah mula ketagih dengan game atau gajet.
Antara cara untuk
mengatasi ketagihan game yang ibu-ibu boleh lakukan adalah:
>>Cuba alih perhatian anak tu, kita boleh buatkan jadual dan pelbagaikan aktiviti yg dia buat seperti melukis, mewarna dan lain-lain.
>>Tetapkan masa untuk bermain game, yang ni kite kena tegas sikit supaya dia tahu bila dia boleh atau tak bermain game tapi elakkan dari merampas atau menengkingnya sebab ini akan lebih memburukkan lagi keadaan tersebut.
>>Sembunyikan game tersebut di tempat yang anak kite tak tahu dan keluarkan bila masa untuk bermain game sahaja.
Awal-awal memang susah
jugak nak handle anak-anak sebab memang dorang akan cari benda yang memang dah
tiap hari dorang main.
Banyak keburukan
sebenarnya kalau anak-anak menghadap gajet je. Salah satu nya tiada motor skill
dan sensor skil yang sebenarnya. Child development pun terbantut.
Apa perasaan kita kalau
anak dah masuk tadika umur 6 tahun masih belum pandai menulis nama sendiri?
Jika kita sengaja beli
anak-anak gajet sebab malas nak layan dorang, memang rasanya tak layak nak
digelar ibubapa. Bukan kah tugas kite mengasuh anak-anak? Tak kan nak harap
cikgu je kan.
Harap perkongsian kak
mah kali ini bermanfaat untuk kita semua.
InsyAllah kak mah akan
kongsikan lebih banyak tips.
No comments:
Post a Comment