Monday 17 October 2016

5 Tips Berpantang Selepas Bersalin Bedah Supaya Tak Gemuk Atau Perut Buncit

Kebanyakan wanita lepas bersalin bedah, peluang untuk naik berat badan, peluang untuk jadi gemuk adalah tinggi
Nak tahu sebab ape?
Sebab peluang untuk berpantang secara strict adalah terbatas. Berbeza dengan ibu-ibu yang bersalin normal.

Contoh:
Ibu bersalin normal mudah nak pakai bengkung. Lepas bersalin je dah boleh pakai bengkung.
Tetapi ibu yang bersalin bedah ramai yang takut nak pakai bengkung kan.
Luka bedah yang besar perlu dijaga betul-betul sebab takut kena jangkitan.
Risiko nya banyak, luka bernanah, jahit terbuka dan banyak lagi.

Pada zahirnya memang bahagian kulit je kot... tapi kena ingat bukan kah semasa bedah sebanyak 7 lapisan kulit di siat di bahagian perut kita. Jadi tempoh nak elok luka di bahagian dalam ambil masa nak elok.

5 TIPS BERPANTANG SELEPAS BERSALIN CAESAR SUPAYA TAK GEMUK YANG BOLEH DIAMALKAN.
******************************************
1.Berparam

Sapu losyen param seluruh badan terutama perut. Bila dah sapu param, badan kita pun akan rasa panas. Tetapi jangan pulak kita sapu param tu sekali pada luka bedah.  Naya je nanti, lain pulak yang jadi. Mohon elakkan bahagian sensitip ini.

Param ialah rawatan di mana seluruh badan disapu ramuan khas bagi mengelakkan angin masuk ke dalam tubuh dan memanaskan badan.
Sekarang ni mudah benar nak dapatkan param ni walaupun zaman dah moden. Pergi je kedai atau beli online set berpantang yang kita suka. Nah, tunjuk je nak yang mana. Set berpantang yang boleh dicuba yang lengkap dengan set param dan pilis ialah  SET TANAMERA, SET NR, SET SERIMAMA, SET BERSALIN AMBAR KENANGA, SET BERSALIN  LENGKAP –AIR MANCUR dan pelbagai jenama lain lagi.




Nak beli set berpantang yang tradisional ni perlu ingat juga lah, ada jamu-jamu yang mungkin beri reaksi berlawan pada tubuh. Contoh nya cirit birit atau bayi yang kene cirit.

Kalau nak yang moden boleh cuba SET BERPANTANG SHAKLEE, cuma yang nie takdelah param dan pilis nyer. Tapi boleh makan terus lepas bersalin even anak kene jaundis/kuning.

Amalkan set berpantang mana-mana yang ibu-ibu suka, InsyaAllah badan tak membesar dengan jayanya.

2.Minum lah air kunyit walaupun tak sedap

Rebus kunyit hidup yang di hiris nipis dengan asam keping. Ada orang Cuma rebus kunyit hidup je, ini memang kaw la rasanya. Kalau pekat sangat tambah lah air. Pandai-pandai adjust ikut selera.

Kak mah first time minum air kunyit ni memang tahan nafas sekali lalu je teguk terus. Boleh lak keluar air mata.  Minum 3 cawan 1 kali sehari. Tapi minum air kunyit bukan la sepanjang pantang tu kita minum. Kak mah minum 3x je dalam tempoh berpantang tu. Ikut korang lah. 



Lepas minum air kunyit ni, jangan  hairan nanti kita kentut-kentut dan sendawa.  Buat tak tahu je la ye kalau suami pandang semacam ibarat angin taufan nak melanda. Macam minum air halia pula kan. Best tau buang angin secara alami ni.
Tapi la ni orang perempuan minum air kunyit untuk kesihatan rahim dan badan. Sebab tu dah ada jus kunyit.

Nak kurus tak?
Silakan minum.


3. Pakai BENGKUNG.  Jangan culas walaupun bersalin bedah.

Selepas pakai param tadi, silalah pakai bengkung.
Ibu-ibu jangan takut la sekarang ni dah ada bengkung yang selamat dipakai untuk  ibu-ibu bersalin bedah ni. Lepas 6 jam lepas bedah ada dah boleh pakai bengkung.
Pakai bengkung semasa berbaring lebih mudah bagi ibu yang bersalin bedah.
Istimewanya kalau  pakai bengkung ni dapat mengelakkan perut buncit. Jika bersalin bedah, jenis bengkung yang sesuai ialah bengkung yang jenis Velcro strap tu. 
Kalau nak tahu dalam tempoh berpantang 44 hari itulah paling cepat kita boleh kempiskan perut dan susutkan berat badan.

Ciri-ciri bengkung caesarean yg perlu anda tahu sblm beli.
bengkung caesarean biasanya adalah jenis velcro strap yg boleh dilekatkn di mana2 mengikut keselesaan.

mudah dipakai kerana melindungi bahagian yg dibedah terutama sewaktu menyusukan bayi di posisi duduk.

bengkung bertindak sbgi pelapik dan pelindung tmpt pembedahan.

ciri rekaannya juga membantu menģgalakkan pengaliran darah, mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.




4. Pakai STOKIN

Apa rasional nya pakai stoking ni?




Masa berpantang kalau boleh kita nak badan tu sentiasa panas. Sebab tu ada yang siap pakai sweater bila berpantang. Bagus yang amat.
Pakai stoking masa dalam pantang boleh bantu elakkan urat kaki tersimpul dan masuk angin dalam badan. Bila kaki masuk angin, tapak kaki pun sejuk especially kalau  tapak kaki kita menyentuh secara langsung dengan lantai yang sejuk.
Bila nak masuk bilik air boleh lah tanggalkan stoking kejap then pakai semula.
Bahaya nya angin kalau dah masuk badan, nanti mulala sakit badan dan sakit kepala. Badan pun lesu. Sedangkan tempoh berpantang ni kita nk kembalikan kesihatan tubuh badan lepas penat bertarung nyawa.

Badan dan masuk angin?  >> Panggillah tukang urut/ mak bidan.
Aircond jangan pakai masa dalam pantang ya.


Ni nak bagi nasihat utk ibu-ibu..
Pakai selipar macam ni secara tak langsung. Lindung ibu jari kaki dari tersadung sewaktu berjalan sebab tutup bahagian depan kaki.
Org tua ckp ibu jari kaki kene Jaga masa dlm pantang supaya tak bentan.
Bawa-bawa bersabar la kot ye pun nak shopping. Shopping online aje la.

5. Pemakanan

Penting sangat ni. Jaga makan. Jangan makan makanan yang sejuk-sejuk. Air ais elakkan. Kak mah berpantang ais selama setahun tau nak elak perut buncit.
Jangan sesekali ambil makanan yang akan mendatangkan kesan buruk. Nanti kena bentan, rengat sapa yang susah. Sakit ooo..
Kena la kuat semangat masa dalam pantang. Bagi yang  bersalin bedah nak luka bedah cepat sembuh boleh la minum jus oren. Alternatif lain, moh ler makan suplemen Vitamin C, telan saje standby tepi tilam.





Favourite kak mah Vitamin C Sustained Released Shaklee. Sebab buah oren nya banyak dalam sebiji tablet. 7 setengah buah oren bersama dengan kulit nya.
Cepat baik luka.

Kesimpulannya
Nak cantik? Nak kurus? Tak nak perut buncit?
Semua perlukan effort.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...