Thursday 15 January 2015

Badan "Kembang" Tanda Banyak Angin Dalam Badan

Angin.
Selepas shj bersalin, keadaan fizikal ibu-ibu akan kelihatan agak "kembang". Perut sesetengah daripada mereka kelihatan seperti masih hamil kerana usus mengandungi angin berlebihan.


Take note:
Makanan penyumbang kepada penghasilan angin dlm perut.
- Kebanyakan jenis kekacang kering dan kacang panjang.
- Susu, aiskrim dan keju
- Kubis, lobak putih, kubis bunga, aspargaus
- Sayur berubi seperti sengkuang
- Buah-buahan seperti nangka, sukun dan pisang
- Minuman air berkarbonat.

Petua untuk hilangkan angin.
- Rebus buah mata kucing bersama halia dan gula merah sehingga mendidih. Minum setiap hari dalam keadaan suam. Lebih elok jika diminum selepas makan nasi.

- Rebus halia tua bersama gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun pandan. Minum air rebusan ini beberapa kali dalam sehari.

- Rebus 4 atau 5 tangkai cili kering ( tangkai shaja), 2 ulas bawang putih, sedikit halia bersama 3 cawan air. Minumlah beberapa kali.

- Air rebusan daun mengkudu dan halia juga boleh membantu mengeluarkan angin dari tubuh.

Amalan yg boleh diamalkan untuk mengelakkan angin.
- Pakai stoking dan barut sepanjang tempoh berpantang
- Bertungku bantu keluarkan angin dan mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku.
- Berurut untuk keluarkan angin terutama disekitar perut.

Wanita dalam pantang perlu berbengkung sebab :
> Untuk elak perut masuk angin
> Bantu kempiskan perut dan kecutkan rahim yang bengkak

> Kembalikan bentuk badan

Mencari bengkung bagi yang bersalin pembedahan?
Klik sini >> Bengkung Moden

Oleh itu, jagai tubuh badan  sepanjang berpantang agar badan dapat kembali normal dan sihat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...