Wednesday 19 November 2014

Amalan Ibu Hamil ~ Bacaan Surah Dalam Al-Quran ~

Apa amalan ibu hamil yg baik?
Salah satu nya ialah bacaan surah untuk ibu hamil.
Sebenarnya tak payah kita nak pilih-pilih sangat surah apa nak baca, baca je semua surah dalam Al-Quran tu. Ada terjemahan, baca sekali, supaya kita faham maksudnya.
Biar baca tergagap-gagap dan lambat, tapi ada usaha nak baca itu dah cukup bagus.

1. Baca Surah Al-Fatihah (untuk terang hati dan kuat ingatan)
2. Surah Maryam (untuk mudah bersalin/ anak yg sabar & taat)
3. Surah Luqman (anak yg cerdik akal/ cerdik jiwa)
4. Surah Yusuf (anak yg cantik rupa paras/ cantik akhlak)
5. Surah Hujurat ( air susu badan yg banyak / anak yg bersifat berhati-hati)
6. Surah Yaasin (ketenangan hati / hindari godaan syaitan)
7. Surah At-Taubah ( membersih jiwa/ agar tidak terlibat maksiat / godaan syaitan)
8. Surah An.Nahl ( melahirkan anak disiplin)




Surah-surah ni memang ternyata penuh dengan hikmah dan banyak kelebihannya. Contohnya, saya amalkan Surah Hujurat untuk memperolehi air susu yang banyak sepanjang penyusuan anak. Surah ni tak panjang sangat pun. Ada 18 ayat je. 
Surah Hujurat ini jugalah rahsia saya perolehi susu badan yang banyak selain dari suplemen Shaklee tu. 

Jadi masa tengah mengandung ni, setiap hari bacalah mana-mana surah kat atas tu
In syaa Allah, apa yang kita nak tu akan Allah makbulkan.

Surah paling mudah Al-Fatihah, yang kita memang setiap hari baca semasa dalam solat. Tapi janganlah pulak kita pilih surah Yusuf je dalam sehari baca surah tu berkali-kali sebab niat nak anak hensem, anak cantik. Lepas bersalin tak baca dah. Baca je apa-apa surah. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan harian, cuma surah-surah kat atas sebagai tambahan dan bonus.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...