Thursday 22 May 2014

Siri 2 ~ Panduan Berpuasa Ibu Menyusu : 7 Tips Supaya Susu Badan Tak Kering ~ Panduan Pemakanan

Amalan berpuasa langsung tidak mengganggu pengeluaran susu ibu. Semuanya bergantung pada keupayaan anda untuk kosongkan payudara secara efektif sekerap yang mungkin. Kekalkan berfikiran positif dan tanamkan azam jitu bagi meneruskan penyusuan semasa berpuasa. 



7 tips pemakanan untuk elak susu badan kering ketika berpuasa.
  • Minum air mencukupi. Elakkan dihidrasi dengan minum air yang cukup ketika bersahur dan berbuka. Bila dihidrasi berlaku, ia akan menjejaskan penghasilan susu badan. Seeloknya minum 2 liter air bersamaan 8 gelas air sehari.


  • Jangan abai sahur. Kalau dulu korang bujang, selalu skip sahur. Tak sahur takpe, janji dah niat dan boleh puasa. Tetapi bila dah berkahwin dan menyusukan anak pulak, sahur ni jangan diabaikan. Tetapi digalakkan lewat kan sedikit masa bersahur. Makanan yang menarik dan Insyallah susu tak kering ialah makanlah sup-sup especially sup sayur dan sup ikan / ayam (ada protein) atau nak yang instant boleh makan sup Campbell tu .  Makanan bergoreng dan berminyak sila kurangkan sebab boleh kurangkan nutrisi makanan yang diambil.


  • Makan kurma ketika berbuka.Makan kurma terlebih dahulu sekurangnya 3biji.  Rasanya semua tahu dah kurma ni pembekal tenaga segera selepas berpuasa seharian.

  • Ambil lebih lemak sihat.Ramai tak tahu, bila kita berpuasa jumlah dalam susu badan akan berkurangan. Oleh itu ambil makanan yang mengandungi lemak sihat yang cukup. Cthnya minum susu, makan yogurt dan keju.

  • Banyakkan buah dan sayur.Sayur dan buah memang banyak khasiatnya. Bukan hanya untuk si ibu, malah untuk si anak juga.

  • Amalkan madu.Selain daripada kurma, madu juga pembekal tenaga sepanjang berpuasa. Malah ia mampu untuk meningkatkan susu badan selain meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

  • Elak minum minuman bergas.Memang sana sini kita baca, memang digalakkan minum banyak air, tetapi bukan lah air bergas, dan air manis kerana kandungan gula dalam air ini  sangat tinggi. Sama jugalah dengan air berkafein. Air berkafein dikatakan boleh menganggu penghasilan susu ibu jika diambil terlebih.


Perlu diingatkan agar jangan terlalu khuatir dan terlalu memikirkan amalan berpuasa ni ganggu penghasilan susu dan jadi kering. Kebimbangan melampau inilah yang akan mendorong perasaan tekanan yang akhirnya mendorong susu badan kian merosot.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...