Wednesday, 21 May 2014

Siri 1 ~ Panduan Berpuasa Ibu Menyusu : 13 tip kembali berpuasa selepas bersalin

Alhamdulillah, selamat bersalin dan tempoh berpantang pun dah habis. Kebetulan pula masa habis berpantang tu, bulan Ramadhan menyusul. Pasti ibu2 dah boleh jalani ibadat puasa. Jangan tak tahu, ramai yang rasa tak yakin mampu ke nak berpuasa  seperti biasa dengan keadaan menyusukan bayi lagi.

Gambar google dari : utusan.com

Menjelang bulan Ramadan, ibu yang dah bebas dari darah nifas wajib kerjakan ibadah puasa. Biarpun ibadah puasa wajib ke atas semua umat Islam sama ada mengandung atau menyusukan anak, tetapi kelonggaran diberi untuk tidak berpuasa berdasarkan keadaan ibu dan bayi tetapi puasa itu wajib diqada’ atau di bayar fidyah.

Di bawah ni ada 13 tips untuk ibu menyusu kembali berpuasa selepas bersalin:
  1.  Banyakkan pengambilan cecair. 3 Liter sehari sangat perlu. Mulakan minum bermula waktu bermula sehingga sahur dan menjelang imsak.
  2. Makan buah, bubur, sup dan makanan berkuah dan mengandungi air. Makanan bergula, bergaram sila dikurangkan kerana boleh menarik air dari sel.
  3. Ibu menyusu digalakkan makan madu setiap hari untuk menambah stamina. Ia juga mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan selain sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Menarik nya juga ia ada nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan susu badan.
  4. Berehat sepenuhnya dan elak aktiviti lasak.
  5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang seperti protein, glukos dan cecair.
  6. Banyakkan makan kurma kerana ia membekalkan tenaga segera kepada badan juga makan makanan penambah susu badan seperti sayuran hijau, buah dan oat.
  7. Elakkan minuman berkafein dan bergas.
  8. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan pam pada waktu malam. Pam dan menyusu secara serentak.
  9. Pentingkan diet yang berkualiti yang mengandungi protein daripada ikan, ayam itik, daging merah. Pengambilan kalsium dari produk susu.
  10. Makanan berserat dengan lebihkan makanan buah, sayuran segar bagi elakkan sembelit.
  11. Jika rasa sukar nak sediakan makanan berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkan untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet.
  12. Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu daraa dikosongkan maka semakin banyak susu ibu yang dihasilkan.
  13. Susu badan kian merudum bukan disebabkan berpuasa, tetapi kurangnya rangsangan pada payudara.
Perlu ibu tahu............
Ketika berpuasa kita masih boleh hasilkan susu yang banyak, cuma jumlah lemak dalam susu akan berkurangan sedikit. Bukan satu masalah, cuma bayi akan kelihatan lebih cepat lapar dan ingin menyusu dengan lebih kerap. Jadi pastikan diet yang diamalkan juga mengandungi lemak yang cukup. Contohnya tambahkan keju dalam diet, guna mentega atau sebaiknya minum susu atau coklat suam sebelum tidur.

Jika anda jenis yang tak suka minum susu, mungkin perlu pertimbangkan untuk mengambil suplemen kalsium bagi menggantikan susu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...