Saturday, 19 April 2014

Hamil :Bayi anda: Apa Yang Berlaku Pada Minggu 13-28?

Anda hamil ye.. Nak tahu apa yang berlaku pada bayi anda semasa minggu 13-28..

Pada minggu ini, saiz bayi adalah sebesar buku lima je. Dalam 4 minggu pertama ini, dia akan membesar dgn lebih pantas. Dia akan membesar hingga 14cm dan beratnya sekitar 200gm. Dia akan mula aktif, namun ibu2 hamil sabar ye sbb anda masih lagi tak mampu nak merasa pergerakannya dlm rahim.

Sistem sarafnya mula terbentuk dan dia mampu untuk menghisap ibu jari dan meneguk air ketuban. Dia kini mampu untuk mendengar bunyi-bunyian yang belegar-legar di sekitar kantung ketuban dan bertindak balas. Apa yang menarik, degupan jantung nya lebih kuat 2x ganda dari degupan jantung si ibu.



Perkembangan yg pantas ini membuatkan tubuh dan kepalanya kini lebih seimbang berbanding dahulu di mana kepalanya lebih besar berbanding bahagian lain. Sepanjang trimester ini, dia akan kelihatan seperti manusia di mana rambut, bulu mata dan bulu kening mula tumbuh. Begitu juga dengan kuku jari kaki dan tangan.

Keadaan bayi dalam rahim and kini kemerah-merahan dan berkedut-kedut. Tulang dan saluran darah jelas kelihatan kerana dia masih belum mempunyai lapisan lemak di bawah kulit untuk melindungi bahagian ini.

Dia sentiasa menutup matanya sehingga minggu ke-26 tetapi sentiasa melalui tidur REM iaitu bermimpi yang indah2. Malah, daripada minggu ke-20 bayi dah mempunyai kitaran waktu jaga dan tidurnya yg tersendiri. Waktu tidur kita dgn bayi memang tak sama!!


Sekitar minggu ke-25 dan ke-28, tubuhnya makin kuat dan otak sudah berkembang pesat. Di penghujung trimester, panjangnya adakah kira-kira 26.5cm dan beratnya 1.3kg. Jika dia ditakdirkan lahir sebelum tempoh matang, Insyallah dia mempunyai peluang yg cerah untuk meneruskan kehidupan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...