"Wahai ibubapa, jika hari ini anak nampak agama itu kecil, itu adalah tanggungjawab ibubapa untuk bagi dia nampak besar, maknanya besar sungguh tanggungjawab ibubapa dalam menentukan anak dia Syurga atau tidak"
(Ustaz Don Daniyal)
TIPS MARAH ANAK SUPAYA EMOSI TAK MENGUASAI DIRI
*******************************************************
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas. Jangan
sesekali menampar wajah anak. Pukul anak mengunakan rotan sebaik- baiknya di
bahagian betis anak.
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk
memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita.
nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara
saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan
yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan
merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah
digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih
kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih
sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila
berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat
kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum
matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin
mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan
keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus
membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak,
janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri
mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan
dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk
bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka
memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk
menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak
menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya
murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg
daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan
pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih
daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,
peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu
akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi
ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka
juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak.
Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa
ciuman selamat malam
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa
yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke
rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting
daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka
tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah
mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila
rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak
mereka sendiri.
Semoga kita sebagai ibubapa lebih istiqamah mendidik
anak-anak. #Sabar kerana sesungguh nya mereka adalah kanak-kanak dan belum
berakal seperti orang dewasa.
Harus ingat marah itu bertempat, kalau untuk agama
takpe kalau bertegas sikit, kalau peribadi berpada-pada, jangan emosi menguasai
diri.
#SHARE n #LIKE
No comments:
Post a Comment