Tuesday 16 June 2015

Cara Simpan Susu Perahan Dengan Betul - WAJIB Baca Jika Anda Ibu Menyusu!!


Hari ini saya nak kongsikan 1 lagi artikal bagaimana cara menyimpan susu perahan dengan betul. Artikal ini dari  majalah Pa&Ma Ogos 2014.

Simpan susu nie perlu di tempat yang betul supaya kualitinya kekal sepanjang masa. Perlu ambil berat tau kalau mahu berikan yang terbaik buat si manja kita.

Suhu bilik (25oC hingga 37oC)
Tempoh : Optimum empat jam.
Peringatan : Pastikan keadaan perdekitaran susu ibu perahan disimpan adalah bersih.

Peti sejuk (Kurang daripada -4oC)
Tempoh : Optimum lapan hari di dalam keadaan yang sangat bersih.
Peringatan : Simpan susu di bahagian paling belakang peti sejuk kerana suhunya adalah lebih sejuk.

Peti sejuk beku
Tempoh : Enam bulan
Peringatan : Pastikan suhu peti sejuk beku kekal di bawah 20oC sepanjang masa

Peti ais (Kurang daripada -4oC)
Tempoh peti sejuk satu pintu : Dua minggu
Tempoh peti sejuk dua pintu : Tiga bulan
Peringatan : Simpan susu ibu perahan pada suhu -18oC adalah selamat daripada pencemaran bakteria walaupun proses enzimatik yang terkandung di dalam makanan mungkin tidak boleh dihapuskan.

Bilik berhawa dingin (15oC hingga 25oC)
Tempoh : Maksimum lapan jam.
Peringatan : Bekas penyimpanan susu ibu (botol atau plastik) disimpan dalam suhu yang sentiasa sejuk. Langkah membungkus bekas penyimpan dengan tuala sejuk membolehkan susu ibu perahan kekal sejuk.



*Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah. Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).

Jika telah melampaui masa simpanan sila buang je susu tersebut. 

1 comment:

  1. Assalam. Nice entry sis :) Saya minta izin guna gambar dalam entry ni boleh sis?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...