Wednesday, 2 July 2014

Adab Dan Cara Tanam / Urus Uri Anak - Tips Buat Bakal Jadi IbuAyah

Uri adalah teman karib si bayi sewaktu dalam rahim. Sewajarnya diuruskan denga cara yang betul dan dihormati. Jangan main buang je. Jika kita faham peranan uri sewaktu tempoh pembesaran anak dalam rahim kita, pasti kita tidak akan sia-siakan. Uri lah yang bekalkan makanan dan oksigen serta membuang sisa-sisa kotoran dari bayi.



Bawa balik uri ke rumah dan terus basuh bersih-bersih. Tak payahla basuh pakai sabun. Cukup sekadar dengan aliran air paip biasa. Alirkan pada uri, pastikan semua darah- darah yang melekat kat uri tu semua keluar. Boleh juga pakai sarung tangan untuk elak bau darah melekat pada tangan. Semasa basuh tekan-tekan la uri tu supaya darah-darah yang masih tersembunyi tu keluar lebih sikit. Pentingnya basuh bersih-bersih uri ni supaya tak berbau dan bila uri di tanam, tidak dapat dihidu dan dikorek  dan dimakan oleh binatang.

Sebelum basuh uri, baca niat. Niat yang baik-baik untuk anak yang baru lahir tu. Sebab itu lah lebih baik uri ni diuruskan oleh bapa anak tu sendiri. Bukan tak boleh orang lain buat, tapi sebab uri tu duduknya di mana dan keluarnya dari mana (dari faraj isteri, tempat sulit dan maruah suami) ,maka layaklah yang menguruskan uri tu si suami.

Semasa membasuh Uri, eloklah bacakan Al-Fatihah, Surah 3 Qul dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan berzikir Nama-nama Allah. Kebaikan ialah agar diri dan tenaga anak tu dilindungi tenaga yang positif melalui zikir dan bacaan surah tadi. Bukan kah teman karib bayi dalam Rahim adalah urinya.

Selepas membasuh uri dengan air paip tadi, keringkan sedikit dengan lap dengan kain napkin, selepas kering sedikit, letakkan garam bukit atau garam biasa., asam jawa / keping  7-8 Keping pun sudah cukup.  Ada juga sesetengah orang meletakkan cuka. Tujuannya tak lain tak bukan ialah nak kurang bau darah pada uri. Lepas tu balut uri dengan napkin secara berlapis. Balut elok-elok. Ada yang mengatakan perlu ke balut, tak salah kita uruskan dengan cara yang baik. Itukan uri anak kita.

Semasa nak tanam , tidak perlu guna apa-apa bekas samada tempurung tetapi kini  dah ramai yang guna periuk tanah yang kecil atau belanga kecil. Tak salah, mana-mana boleh .Menanam uri janganlah dilengahkan, kalau boleh dalam tempoh 24 jam mestilah ditanam untuk mengelakkan uri tersebut menjadi kuat baunya.Tempat untuk ditanam uri tidak perlu tempat khas, tetapi disarankan tanam di ruang kawasan yang terbuka seperti halaman rumah, ditepi jalan utama dan yang penting jangan tanam di dalam belukar ,belakang rumah atau sebagainya kerana kawasan tersebut jarang dipantau dan dikhuatiri binatang buas mengorek tempat tanam uri. Korek tanah sedalam mungkin, boleh agak dengan cara meletakkan kaki sehingga paras lutut normal. Semasa menanam niatlah supaya uri tersebut selamat ditanam dan tidak diganggu oleh perkara yang tidak sepatutnya seperti anjing dan sebagainya. Baca Al-Fatihah , 3 Qul dan berzikir dengan menyebut Nama Allah yang diingati seperti Ya Rahman, Ya Rahim dan sebagainya kita.


Tak perlulah kita melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak kerana ia berkaitan dengan perkara khurafat seterusnya boleh membawa kepada perkara syirik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...