Wednesday, 17 February 2016

Resipi Homemade Lactation Cookies Untuk Ibu-Ibu Menyusu - Meriah Nya Susu Badan

Semalam sempat siapkan homemade lactation cookies ni .Good for nursing mamas.
My new go to chocolate chip cookie recipe.
That it helps my milk supply is just a bonus.

Cookies ni saya kasi nama Oatmeal Chocolate chip with organic flaxseed .. Quick n Tasty as kudapan saat lapar...

Kalau dalam resepi Mat Saleh ada brewers yeast tapi sebab was-was  nak guna makanya resepi sy ni tidak ada yis tu. Tapi sy add on more flaxseed dan oatmeal dalam ni. Brewers yeast ni biasa ada dalam minuman bir. Lain dari yis yang biasa kita bubuh untuk buat roti tu ok. Walaupun yis ni salah satu milkbooster jugak tapi tak kan nak guna kot.

Saya share resipi ni ya.. korang boleh je modify mana yang patut ikut selera tekak masing-masing la. Saya pun amatur je bab baking ni.

Bahan-bahan:

1 cawan butter
1 cawan gula
1 cawan brown sugar
4 tbs sudu air (kalau rasa kurang boleh tambah)
2 tbs organic flaxseed (kalau rasa kurang boleh tambah) – Wajib ada
2 biji telur
1 sudu vanilla extrak
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam
3 cawan oat – Wajib ada
1 cawan coklat chip (saya guna semi sweet je)

Cara nak buat senang je.
Mula tu panaskan oven.
Pukul butter, gula dan brown sugar.
Masukkan telur sebiji-sebiji dan mix well
Masukkan pula flaxseed dan gaul lagi.
Dalam mangkuk yang lain . Mix tepung, baking soda, garam. Kemudian mix dalam adunan butter tadi. Gaul lagi sampai sebati semua.
Last masukkan oat dan coklat chip.
Scoop adunan ikut nak besar mana. Letak atas baking sheet.

Bakar dalam 12 minit lebih kurang camtu la.


Siap dah.. nanti cookie ni bila gigit ada chewy2 sikit. Walaupun rupa tak berapa nk cantik macam kuih raya yang penting sedap dan banyakkan susu badan !!

Anak-anak pun takde masalah la kalau nak kasi makan cookie ni. Takde nye bila makan tiba-tiba anak pun keluar susu badan. :p

This cookie really helps boost breast milk supply.
Have no fear. There are other ways to boost supply.
Next saya akan modify resepi ni guna coconut oil instead of butter...maybe boleh guna organic chia seed juga.. Coconut oil pun banyakkan susu badan tau. Trust me.

Sy dah makan 5 keping cookies ni pagi tadi sblm pegi keje.

Memang Cik B bengkak sangat. Alhamdulillah pam pagi dpt 12oz dpt masa 7 minit sahaja. A good try yang penting juga jimat masa mengepam bagi yg bekerja.


Lepas pam saya ngap lagi cookie ni 3 biji dan kemudian suplemen penyusuan Shaklee dek kerana sebelum pergi kerja saya tak sempat nak telan.
Tak salah amalkan suplemen untuk maintain penyusuan sebab saya nak maintain lama. 
Anything for you my LO.

3 comments:

  1. Hai nak tny. Oat tu pkai instant ke rolled oat?? Blend x oat tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better guna rolled oat. Jgn guna instant. Share je

      Delete
  2. Flaxseed tu kena rendam dlu ke
    Atau boleh tros campurkn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...