Wednesday, 7 October 2015

Carta Pergerakan & Tendangan Bayi Dalam Rahim.

Sekadar peringatan buat ibu hamil. Kandungan anda dah mencecah 7 bulan ke atas? Di usia begini dah boleh buat carta pergerakan baby tau. Penting sangat untuk kita rasai pergerakan baby kita dlm perut ni. Bukan apa, sy nak ambil sikit iktibar dan kongsi dengan ibu semua, sepupu kawan saya hamil 8bulan, tanpa disedari rupanya baby dah meninggal dalam perut akibat terkena jangkitan.

Syukur Alhamdulillah sepupu kawan selamat, sebab doktor bagitahu ibu boleh terkena jangkitan tu dan boleh membawa maut pada si ibu juga. Mau tak sedih kan. Semoga si ibu tabah. Semoga perkara2 begini di jauhi pada ibu semua ye.

Pergerakan pertama bayi biasanya boleh dirasai pada sekitar minggu ke-16 atau 17. Namun, jika ibu pernah hamil sebelum ini, pergerakan pertama bayi dapat dirasai lebih awal lagi. Bagaimana rasanya pergerakan pertama itu?

Pada awalnya, ibu akan merasakan pergerakan seperti rama-rama berterbangan di dalam perut. Lama-kelamaan, Ibu akan merasakan pergerakan yang lebih kasar seperti tendangan, gulingan dan geliang geliut. Waktu terbaik untuk merasai keindahan pergerakan bayi ialah dengan berbaring.

Pakar-pakar mencadangkan berapa lama anda boleh merasai 10 tendangan berbentuk tumbukan, gulungan mahupun pergerakan yang lain. Paling ideal ialah 10 pergerakan dalam masa 2jam. Namun, ada bayi yang tidur lama lebih 2jam. Masa ni kita mungkin tak merasai tendangan pun, namun ia tidak akan ambil masa lebih 4jam.

Segera jumpa doktor sekiranya anda tak rasai 10 tendangan dlm masa 3-4 jam. Namun, jangan panik dulu. Tunggu dan rasai. Jika masih tiada dlm masa 2jam, berjumpa la dengan doktor.

Jom tonton video baby berguling2.



Dah baca dan tonton jangan lupa klik SHARE ye.. Biar ibu-ibu hamil baca.

2 comments:

  1. Assalamualaikum tuan/ puan.sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..jenis pekerjaan sy..sambung rumah,pasang tile,plaster siling,table top,kabinet,auto gate,wayaring,plumbing,waterprofing,porch keta,vinyl floor dan wallpaper,landskap,kolam hiasan,gril dan lain2.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,kl. Hubungi sy (amir) d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298.terimakasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum tuan/ puan.sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..jenis pekerjaan sy..sambung rumah,pasang tile,plaster siling,table top,kabinet,auto gate,wayaring,plumbing,waterprofing,porch keta,vinyl floor dan wallpaper,landskap,kolam hiasan,gril dan lain2.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,kl. Hubungi sy (amir) d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298.terimakasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...