Wednesday 4 February 2015

Sedapnya Sarapan Adik!!

Mulakan hari si kecil dengan sarapan yang baik untuk tumbesaran  mereka yang baik. Makan sarapan  setiap hari dapat bantu sI kecil kekal ceria dan aktif sepanjang hari.

Ambil makanan yang berkhasiat akan bantu kanak-kanak jadi lebih fokus  dan dorang pun dapat beri lebih tumpuan pada setiap aktiviti yang nak dilakukan. Penting sangat makanan penuh khasiat yang sesuai untuk sumber tenaga sepanjang hari.



Di bawah  adalah panduan mudah untuk mommy2  ikut sebagai persediaan  sarapan buat tersayang .

  • Makanan berkanji.

NasI dan roti  makanan berkanji  yang baik sebab makanan ni bekalkan tenaga  pada kanak-kanak. Kalau nak pilih roti pastikan pilih pelbagai jenis roti  untuk dihidangkan. Cara masakan cuba pelbagaikan. Cthnya roti boleh di bakar, boleh buat sandwich. Kalau pilih nasi, nasi boleh dibuat bubur atau nasi goreng.

  • Buah-buahan

Tak semua kanak2  suka makan buah. Tapi cuba pupuk minat dorang dengan sediakan buah setiap kali sarapan. Hidangan buah yang kecil pun jadi lah. Kalau susah sangat boleh kasi dorang jus buah-buahan  sebenar..100% jus tau sbgi ganti. Nutrien byk dlm buah dan sumber vitamin C untuk  bantu si kecil serap zat besi drpd makanan  yg diambil. Setiap hari perlu beri 5 hidangan buah dan sayur. Boleh kasi epal,oren,anggur  dan pisang.



  • Bijirin sarapan pagi.

kandungan  vitamin dalam bijirin  elok sebagai sumber tenaga harian anak. Tapi perlu ingat ada bijirin yang tinggi garam dan gula. Nak tingkatkn lagi selera si kecil,tambah kismis  atau buah seperti strawberry..Pasti anak suka sebab nampak ceria dan warna warni.

  • Susu dan hasil tenusu.


Anak2  kita sedang membesar..jadi perlu dan wajib sangat kalsium ni. Penting untuk tulang dan gigi yang kuat. Susu,keju dan dadih sesuai sangat untuk anak-anak. 


Bento.. memang cantik dan kreatif.  
Bento bentuk 2 panda ni memang comel sangat. Nasi yang dikepal dan diberi hiasan nori untuk telinga, wajah dan mata panda serta sosej untuk pipi.
Cuba kreativiti anda di rumah ya.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...