Angin.
Selepas shj bersalin, keadaan fizikal ibu-ibu akan
kelihatan agak "kembang". Perut sesetengah daripada mereka kelihatan
seperti masih hamil kerana usus mengandungi angin berlebihan.
Take note:
Makanan penyumbang kepada penghasilan angin dlm
perut.
- Kebanyakan jenis kekacang kering dan kacang
panjang.
- Susu, aiskrim dan keju
- Kubis, lobak putih, kubis bunga, aspargaus
- Sayur berubi seperti sengkuang
- Buah-buahan seperti nangka, sukun dan pisang
- Minuman air berkarbonat.
Petua untuk hilangkan angin.
- Rebus buah mata kucing bersama halia dan gula
merah sehingga mendidih. Minum setiap hari dalam keadaan suam. Lebih elok jika
diminum selepas makan nasi.
- Rebus halia tua bersama gula merah, kulit kayu
manis, jintan manis dan daun pandan. Minum air rebusan ini beberapa kali dalam
sehari.
- Rebus 4 atau 5 tangkai cili kering ( tangkai
shaja), 2 ulas bawang putih, sedikit halia bersama 3 cawan air. Minumlah
beberapa kali.
- Air rebusan daun mengkudu dan halia juga boleh
membantu mengeluarkan angin dari tubuh.
Amalan yg boleh diamalkan untuk mengelakkan angin.
- Pakai stoking dan barut sepanjang tempoh
berpantang
- Bertungku bantu keluarkan angin dan mengecutkan
rahim dan mengeluarkan darah beku.
- Berurut untuk keluarkan angin terutama disekitar
perut.
Wanita dalam pantang
perlu berbengkung sebab :
> Untuk elak perut
masuk angin
> Bantu kempiskan
perut dan kecutkan rahim yang bengkak
> Kembalikan bentuk
badan
Mencari bengkung bagi yang bersalin pembedahan?
Klik sini >> Bengkung Moden
Oleh itu, jagai tubuh badan sepanjang berpantang agar badan dapat kembali normal dan sihat.
No comments:
Post a Comment