Saturday, 5 May 2012

ESP - Susu banyak, badan sihat, baby pun sihat, parut kulit hilang,jerawat tiada

Tadaa..kali nie nak kongsi tips dan rahsia susu yang meriah di entri sebelum nie. Sila -KLIK-. 
Saya sebagai mami baru sangat menyokong penyusuan susu ibu. Sepanjang tempoh kehamilan saya,setiap hari jika ada masa terluang mesti nak google pasal penyusuan. Tak sempat baca kat opis, saya print baca kat rumah plak so that kat rumah tak payah nak dok depan laptop dah. Ilmu tu penting sebab banyak yang saya tak tahu pasal penyusuan dulu. Tapi sekarang Alhamdulillah kalau orang tanya bolehlah nak jawab iyerr...meh..meh nak tanya apa? Silakan.

Masalah kesuburan? Peluang tingkatkan kehamilan dengan supplemen.

Masih "kosong"selepas beberapa bulan melayari bahtera perkahwinan mengundang keresahan ramai pasangan. Tekanan semakin hebat apabila bulan bertukar tahun,namun zuriat yang ditunggu masih tidak kunjung tiba
Bagaimana ini terjadi dan masih kah ada peluang untuk bergelar papa dan mama? Insyallah sekiranya anda berusaha jalan nya tentu ada.

Secara umumnya kesuburan seseorang wanita itu berkait dengan kemampuannya mengeluarkan telur. Telur akan keluar sekali dalam tempoh 1 pusingan haid. Waktu telur dikeluarkan dikenali sebagai waktu subur. Bagi wanita yang mempunyai pusingan haid teratur, pengeluaran telur akan biasa akan berlaku pada hari ke-13 atau 14 (dikira dari hari pertama haid keluar). Disebabkan itulah sekiranya ingin merancang mempunyai anak disarankan melakukan hubungan kelamin pada waktu ini.

Set Kesuburan Lelaki ~Peluang Tingkatkan Tenaga & Kualiti Ketika Bersama~

Nak tingkatkan tahap seksualiti dan kesuburan lelaki ada beberapa suplemen dari Shaklee yang boleh membantu.  Bukan hanya pihak isteri sahaja ya yang perlu berusaha, di pihak lelaki pun perlu berusaha juga. Baru lah adil, rumah tangga pun bahagia. Seringkali masalah ketidaksuburan dikaitkan dengan wanita, begitulah ego seorang lelaki lumrahnya tak nak buat pemeriksaan doktor. 

Set kesuburan wanita

Bagi para wanita yang ingin meningkatkan tahap kesuburan saya menawarkan beberapa supplemen dari Shaklee yang bisa membantu anda meningkatkan kesuburan. Walau bagaimana pun perlulah di ingatkan bahawa ini adalah hanya salah satu cara untuk membantu anda berusaha. Selebihnya berserah kepada yang maha Esa kerna hanya Dia yang memakbulkan impian anda. Kalau tak berusaha manakan dapat hasil nya kan.
Set kesuburan bagi wanita

GLA - Gamma Linolenic Acid
  • Merupakan sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi nya berupaya menstabilkan hormon wanita,mengawalatur kitran haid yang tidak menentukan. Kitaran haid yang teratur membolehkan wanita mengenalpasti waktu subur seterusnya merancang proses kehamilan. Pada ketika waktu subur peratusan persenyawaan meningkat.

Friday, 4 May 2012

Rezeki dinihari jam 3pagi

Assalamualaikum semua.. tengah pikir-pikir nak update entri apa hari ni. Terfikir nak berkongsi dengan pembaca dan pelanggan mama Batrisyia tentang rezeki dinihari jam 3 pagi pada 3 May 2012.

Syukur Alhamdulillah hari nie dah genap 6bulan 2minggu 5hari saya menyusukan Iman secara ekslusif tanpa FM. Tolak 3 hari di awal kehamilan Iman terpaksa di beri FM sebab Cik B takde susu langsung. Nak tak nak terpaksa jugak sain surat kebenaran bagi FM kat Iman. After 3days bertungkus lumus stimulate Cik B akhirnya no more FM for Iman.

Tetapi keadaan sekarang dah berubah, dengan bangga nya saya cukup kagum dengan diri saya sebab dapat bertahan menyusukan Iman sampai sekarang.This is my first baby cukup kagum success BF. Insyallah akan diteruskan ke peringkat tertinggi.

Thursday, 3 May 2012

Bye bye rambut rapuh dan gugur

"Saya mempunyai masalah rambut yang mudah kusam dan selalu keguguran rambut dengan banyak" Adakah anda punyai masalah begitu?

Di entri sebelum ini pasti nya anda semua dah baca kan mengapa rambut wanita selepas bersalin banyak yang gugur. Jika masih ingat antaranya perubahan hormon. Nah di entri ini pula saya akan bagi tips apa yang perlu anda lakukan untuk mengurangkan hati yang kusut akibat rambut gugur yang banyak tu.

Sebenarnya kekurangan nutrisi seperti zink dan protein akan menyebabkan rambut anda cepat patah dan gugur. Ini adalah pendapat ramai pakar rambut ye. Sebenarnya rambut gugur tidak boleh dihentikan tetapi boleh dikurangkan kalau anda berusaha. Kalau dibiarkan silap hari bulan kepala botak dan rambut pun menipis. Hilang sudah seri rambut. Kalau pakai tudung boleh la cover lagi kepala tu.

Wednesday, 2 May 2012

Dilema wanita: Rambut yang gugur melampau-lampau..

"Rambut saya banyak gugur lah lepas bersalin"

Sering kali terdengar ramai kaum wanita mengadu mengalami keguguran rambut. Itu adalah normal kerana  wanita mempunyai anggaran 100 ribu helai rambut di atas kulit kepala sudah semestinya ada rambut yang gugur setiap hari kan.

Bagi wanita yang lepas bersalin mesti ada yang cakap "Rambut saya banyak gugur lah lepas bersalin". Si suami pulak menegur rambut mama ade di mana-mana, dalam bilik,atas katil,kat dapur, ditepi-tepi dinding, dalam toilet lagi la segenggam kot rambut mama bile dikumpul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...