Friday, 4 May 2012

Rezeki dinihari jam 3pagi

Assalamualaikum semua.. tengah pikir-pikir nak update entri apa hari ni. Terfikir nak berkongsi dengan pembaca dan pelanggan mama Batrisyia tentang rezeki dinihari jam 3 pagi pada 3 May 2012.

Syukur Alhamdulillah hari nie dah genap 6bulan 2minggu 5hari saya menyusukan Iman secara ekslusif tanpa FM. Tolak 3 hari di awal kehamilan Iman terpaksa di beri FM sebab Cik B takde susu langsung. Nak tak nak terpaksa jugak sain surat kebenaran bagi FM kat Iman. After 3days bertungkus lumus stimulate Cik B akhirnya no more FM for Iman.

Tetapi keadaan sekarang dah berubah, dengan bangga nya saya cukup kagum dengan diri saya sebab dapat bertahan menyusukan Iman sampai sekarang.This is my first baby cukup kagum success BF. Insyallah akan diteruskan ke peringkat tertinggi.

Thursday, 3 May 2012

Bye bye rambut rapuh dan gugur

"Saya mempunyai masalah rambut yang mudah kusam dan selalu keguguran rambut dengan banyak" Adakah anda punyai masalah begitu?

Di entri sebelum ini pasti nya anda semua dah baca kan mengapa rambut wanita selepas bersalin banyak yang gugur. Jika masih ingat antaranya perubahan hormon. Nah di entri ini pula saya akan bagi tips apa yang perlu anda lakukan untuk mengurangkan hati yang kusut akibat rambut gugur yang banyak tu.

Sebenarnya kekurangan nutrisi seperti zink dan protein akan menyebabkan rambut anda cepat patah dan gugur. Ini adalah pendapat ramai pakar rambut ye. Sebenarnya rambut gugur tidak boleh dihentikan tetapi boleh dikurangkan kalau anda berusaha. Kalau dibiarkan silap hari bulan kepala botak dan rambut pun menipis. Hilang sudah seri rambut. Kalau pakai tudung boleh la cover lagi kepala tu.

Wednesday, 2 May 2012

Dilema wanita: Rambut yang gugur melampau-lampau..

"Rambut saya banyak gugur lah lepas bersalin"

Sering kali terdengar ramai kaum wanita mengadu mengalami keguguran rambut. Itu adalah normal kerana  wanita mempunyai anggaran 100 ribu helai rambut di atas kulit kepala sudah semestinya ada rambut yang gugur setiap hari kan.

Bagi wanita yang lepas bersalin mesti ada yang cakap "Rambut saya banyak gugur lah lepas bersalin". Si suami pulak menegur rambut mama ade di mana-mana, dalam bilik,atas katil,kat dapur, ditepi-tepi dinding, dalam toilet lagi la segenggam kot rambut mama bile dikumpul.

Monday, 30 April 2012

Ekzema

Ingin saya ceritakan pengalaman saya melihat seorang kanak-kanak pengidap ekzema di sebuah hospital . Sedih betul hati saya bila lihat kanak-kanak tersebut menangis mungkin sebab  tak selesa kulit yang kering dan gatal.
Anak anda berkemungkinan mendapat ekzema jika ada ahli keluarga yang mempunyai masalah ini atau alahan lain. Ekzema bukan hanya berlaku pada kanak-kanak tetapi turut berlaku pada mana-mana peringkat umur. 85% kanak-kanak yang mengidap ekzema ialah lingkungan umur 5 tahun.

Thursday, 23 February 2012

Anak Selalu Demam & Tak Berselera Makan?

Dalam kehidupan seharian yang sentiasa aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang.  Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic.  Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. 

Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.  Pilihan protein soya terbaik anda.



Fakta tentang Meal Shakes Shaklee:

  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos satu sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?
  • Kanak-kanak
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua

Ok lah disini ada testimoni boleh la baca dan share pengalaman mereka tentang meal shake nie.


Testimoni Puan Zalina:



Testimoni Puan Siti Nor Mardhiah


Kesimpulannya, meal shakes sangat sesuai diambil oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Dan merupakan penyelesaian terbaik untuk anak-anak kita yang selalu demam tidak berselera makan dan memilih makan.. Tak percaya? Cuba dulu dan perhatikan perbezaan selera makan dan kesihatan anak anda.

Ingin dapatkan produk hebat ini? Hubungi:
CALL/SMS/ wsapp 017-6706342 (Azimah)
FB page: Mama Batrisyia e-Shoppe
Wechat ID: Azi_Batrisyia

Penafian: Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis,merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit




Friday, 10 February 2012

Kenapa Vitamin Tidak Berkesan?

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

Thursday, 2 February 2012

Set Penyusuan Mana Yang Sesuai?

Alhamdulillah, set penyusuan Shaklee mendapat sambutan ramai dari ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja ibu yang mempunyai masalah penyusuan, tetapi ramai juga ibu yang mahukan anaknya mendapat nutrisi sempurna, turut mengambil set ini. Terdapat 4 jenis set penyusuan, dan ramai yang keliru mana satu yang paling sesuai untuknya. Untuk itu, saya cuba perincikan untuk anda ya..

Set 1  - Set B
  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa 

Set 2 - Eu-Four Pack
  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.


Set 3 - Set E
  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin, kalsium dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk-booster

Set 4 - Set 3m
  • Mengandungi set B, kalsium dan ESP
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan sok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamakan set ini, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha / ibu yang mahu menyusukan anak angkatnya 
Menyusukan anak bukan perkara susah dan tak semudah yang disangka. Perjalanan yang panjang ini menuntut ibu pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan pada saya supplement sangatlah membantu agar tumbesaran anak berkembang dengan baik, dan anak sentiasa sihat.

Pilihan di tangan anda, jika ibu-ibu yang memberi susu tepung sanggup berhabisan membeli susu mahal untuk memastikan anaknya mendapat yang terbaik, mengapa kita yang menyusukan badan, sangat berkira untuk mngambil pemakanan sihat? 

Saya tinggalkan anda dengan ungkapan ini, mudah-mudahan memberi semangat kepada semua ibu di luar sana..

" Jika seorang wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa  syurga wajib baginya". Subhanallah...

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dengan mamaBatrisyia. Sila email di mamaBatrisyia82@gmail.com @ 017-6706342 @ Add FB Azimah Su'ut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...