Monday, 30 April 2012

Ekzema

Ingin saya ceritakan pengalaman saya melihat seorang kanak-kanak pengidap ekzema di sebuah hospital . Sedih betul hati saya bila lihat kanak-kanak tersebut menangis mungkin sebab  tak selesa kulit yang kering dan gatal.
Anak anda berkemungkinan mendapat ekzema jika ada ahli keluarga yang mempunyai masalah ini atau alahan lain. Ekzema bukan hanya berlaku pada kanak-kanak tetapi turut berlaku pada mana-mana peringkat umur. 85% kanak-kanak yang mengidap ekzema ialah lingkungan umur 5 tahun.


Tanda Ekzema:
- kulit kering dan gatal
- ada tompok merah dan kasar pada pipi,celah siku, lutut dan buku lali,kulit kepala dan leher
- pada bayi dipanggil ruam susu yang kadang-kadang boleh di lihat di kulit kepala yang menyerupai ala-ala kelemumur

Punca Ekzema:
- alahan susu lembu
- alahan pada wangian sabun dan losyen
- persekitaran yang kotor,berdebu dan bulu haiwan
- Alahan terhadap makanan

Apa yang perlu dilakukan sekiranya anak anda ada ekzema?
- Segera berjumpa doktor
- Pakaikan pakaian dari kain kapas kerana ia adalah gentian semulajadi
- Elak guna sabun dan pelembut yang ada wangian
- Air mandian jgn terlalu panas dan guna pembersih dan losyen pelembap yang tiada wangian
- Bebaskan bilik tidur dan tempat bermain dari permaidani kerana ia memerangkap habuk
- Elakkan bela haiwan kerana bulu nya boleh menyebabkan alahan.

Saya akan sambung lagi cara rawatan yang mungkin boleh membantu anak anda yang menghadapi ekzema di entry akan datang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...