Plasenta atau uri merupakan organ tubuh sementara yang dtg bersama janin, dan menhubunkan anda dengan janin di dalam rahim. Plasenta ni ada lebih 200 pembuluh darah halus yang terbentuk sejak minggu pertama kehamilan.
Uri kawan karib janin sebab:-
> SUMBER NUTRISI JANIN
Uri hantar zat gizi bagi proses pertumbuhan janin sejak minggu pertama hingga lahir. Uri mengolah bahan mentah makanan tadi yang dibekalkan dek ibu sebelum mengalir ke tubuh janin. Seterusnya hantar oksigen daripada ibu ke janin.
> MEMBUAT JANIN JADI LEBIH BERSIH
Uri bantu membuang zat-zat sampah, seperti karbon dioksida dan air kencing dari tubuh janin.
> MENJAGA DAYA TAHAN TUBUH BAYI
Vitamin yang dimakan oleh si ibu akan masuk ke tubuh bayi melalui uri, sehingga bayi dapat kekebalan tubuh dan antibodi terhadap penyakit. Kekebalan tubuh itu dapat bertahan hingga usia bayi 4 bulan dan setelah dilahirkan.
> PENYARING ZAT BERBAHAYA
Zarah-zarah dari luar seperti zat toksik dan bakteria, akan ditahan oleh uri ni tadi dan mampu membentuk pertahanan dari jangkitan dan ubat-ubatan tertentu.
> MENYEMBUHKAN PENYAKIT
Uri mengandungi sel induk darah tali pusat yang ketika ini disarankan ibuayah simpan di bank tali pusat. Ia mampu bantu menyembuhkan penyakit bayi dan keluarganya seperti penyakit kelainan darah dan beberapa jenis kanser.
Hikmah Islam memerintahkan uri bayi ditanam adalah sebagai tanda penghormatan kepada uri itu kerana ia sebahagian anggota manusia dan manusia makhluk yang dimuliakan Pencipta-Nya.
Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.
#JomShare
#ILMU
No comments:
Post a Comment