Wednesday, 28 September 2016

Cik Bunga Berbau? Ketahui 7 Petunjuk Cik Bunga Bermasalah

Cik Bunga actually nak refer pada faraj wanita. Saje nak bikin gempak.
Ramai wanita malu nak dapatkan pemeriksaan doktor bila berhadapan masalah berkaitan alat sulit. Sekiranya anda mula rasai simptom yang menimbulkan kegusaran segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor.

“Masalah berkaitan alat sulit segan la nak story kat doktor”.  Ini luahan ramai wanita.
Padahal Cik Bunga tu dah mula rasa tak selesa.



Sudahnya kebanyakan golongan ini suka berdiam diri dengan menyembunyikan masalah yang dihadapi. Sepatutnya jika pemeriksaan awal dilakukan, secara tidak langsung dapat menghindarkan masalah yang lebih teruk daripada berleluasa.

Sebagai langkah awal, ikuti petunjuk faraj bermasalah di bawah:

> Pengeluaran lendir berwarna putih dalam kuantiti yang banyak
> Gatal
> Berbau
> Sakit pada abdomen
> Demam
> Sakit ketika membuang air kecil
> Haid yang tidak menentu

Anda ada salah satu masalah di atas?  Jangan ambil endah.

Rata-rata kaum wanita ni cakap masalah faraj ini berlaku dek kerna faktor usia, tekanan dan lain-lain sehingga melabelkannya masalah yang biasa biarpun kadang kala ia menimbulkan ketidakselesaan dan menganggu kelancaran aktiviti harian.

Jangan tak tahu, ada yang sampai menahan kegatalan di bahagian alat sulit !!

Ketahuilah alat sulit yang tidak dijaga dengan baik pastinya akan menimbulkan jangkitan kuman yang menjadi punca kepada masalah keputihan serta penyakit berkaitan seksual. Hubungan intim bersama pasangan juga akan terjejas.  Tak caya lagi?

Ramai je yang ngadu hubungan kelamin terjejas, sukar nak dapat anak.
Sesiapa je boleh dapat jangkitan faraj, tak kisah la mak orang ke , anak dara ke.. sesiapa sahaja !!

> KEPUTIHAN <

Keputihan normal berlaku pada semua wanita yang membezakannya ialah sama ada serius atau sebaliknya. Bahagian alat sulit wanita sangat sensitif kepada perubahan persekitaran terutama tahap keasidan dan kealkalian. Sebab itu lah ia sangat peka dengan  segala perubahan persekitaran.

Nak tahu beza keputihan normal dan tak normal?

Kalau rasa-rasa keputihan tidak normal, biasanya lendir yang keluar adalah putih pekat, kelihatan macam nanah, berbau busuk dan rasa gatal disekeliling faraj.
>>Jangkitan dek BAKTERIA biasanya berwarna kuning, berbau hamis dan gatal kemaluan.
>>Jangkitan dek KULAT pula berwarna putih susu, bergumpal dan berbau masam, rasa gatal dan kemaluan akan membengkak kemerahan.

Nak TIPS elak jangkitan pada faraj?

Klik di atas. 

Beringatlah!
Kebersihan faraj perlu dititikberatkan. Jika di abaikan nanti kena pula jangkitan kulat dan bakteria ni.
Pastikan kebersihannya dan faraj kekal kering sentiasa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...